Page 93 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 93

85







               (B)  PENGURUSAN SENI

                     1.    Merancang,  menyelaraskan  dan  menyelia  pelaksanaan  pengurusan  pentadbiran
                           seni.
                     2.    Merancang,  menganjur,  mengelola  dan  menilai  kegiatan  seni  yang  berbentuk
                           kejohanan dan progam pembangunan seni.
                     3.    Merancang,  menyelaraskan  dan  memantau  pengurusan  prasarana  dan  peralatan
                           seni bagi memastikan dapat dilaksanakan dengan baik.
                     4.    Menyelaraskan  kegiatan  seni  yang  dirancang  untuk  mempertingkatkan  kualiti

                           pencapaian secara berterusan.
                     5.    Mengurus kewangan mengikut tatacara kewangan yang sedang berkuat kuasa.
                     6.    Mengurus perancangan pengambilan murid dua (2) kali setahun iaitu pada bulan
                           Januari dan Julai.
                     7.    Mempengerusikan mesyuarat bersama Unit Sokongan Seni dan Unit Bimbingan dan
                           Kaunseling dalam meningkatkan pengurusan pentadbiran sekolah.
                     8.    Mengurus  kerjasama  bersama-sama  agensi  dalam  dan  luar  KPM  yang  berkaitan
                           dengan pembangunan seni.
                     9.    Merancang dan mengurus untuk meningkatkan profesionalisme jurulatih seni.

                     10.  Merancang,  melaksanakan  dan  menyelia  pengauditan  stor  dan  peralatan  seni  di
                           sekolah.
                     11.  Memantau dan memastikan evidens, kerja kursus, markah direkodkan dan dihantar
                           kepada Lembaga Peperiksaan pada tarikh yang telah ditetapkan.
                     12.  Memantau dan menyelaraskan tugas Ketua Bidang Seni agar peranan ketua bidang
                           dalam pengurusan seni dapat dilaksanakan dengan baik.
                     13.  Menyemak  laporan  kehadiran  jurulatih  seni  dengan  bantuan  Ketua  Bidang

                           Kejurulatihan Seni.
                     14.  Merancang dan menyemak kertas kerja pengelolaan dalam negara dan penyertaan
                           pasukan  ke  luar  negara  dapat  disediakan  dengan  lengkap  sebelum  dihantar  ke
                           Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian.
                     15.  Menyemak dan memastikan prosedur berkaitan dengan pelibatan dan penyertaan
                           murid mengikut surat pekeliling dan surat siaran yang berkuat kuasa semasa.
                     16.  Menyemak  laporan  prestasi  murid  yang  disediakan  oleh  jurulatih  untuk  proses
                           pertukaran sekolah sebelum diuruskan oleh GPK HEM.
                     17.  Menyelaraskan majlis dialog prestasi murid dua (2) kali setahun dan menyediakan

                           laporan majlis berkenaan.
                     18.  Memantau dan mencerap program latihan jurulatih sekurang-kurangnya tiga (3) kali
                           setahun ketika sesi latihan.
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98