Page 92 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 92

84






                                  HM08 | Guru Penolong Kanan Seni (SSeM)

                      RUJUKAN

                i      Surat Pekeliling Pentadbiran Bil:3/67 : Peratoran Pentadbiran Untok Perjawatan Kaki-tangan
                ii.    Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan pada 20 Mei 1982 : Pindaan Kepada Pekeliling Pentadbiran
                       Bilangan 3/1967

                iii.   Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007 : Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan
                       Lepasan Diploma


                              TUGAS UTAMA (UMUM)             sama seperti Guru Penolong Kanan Pentadbiran
                                                             (HM02)

                            TUGAS UTAMA (KHUSUS)
                                                            adalah seperti berikut:

               (A)  PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
                     1.    Menyedia  dan  melaksanakan  perancangan  strategik  sekolah  dan  pengurusan
                           takwim sekolah.
                     2.    Merancang,  mengurus  dan  melaksanakan  Mesyuarat  JK  Seni  Sekolah  dan
                           Mesyuarat JK Kerja Pembangunan Seni.

                     3.    Mengurus,    menyelaraskan      kutipan   serta    menganalisis    data/maklumat
                           dan perangkaan.
                     4.    Merancang, mengurus dan mengawal selia peruntukan kewangan dan belanjawan
                           sekolah.
                     5.    Merancang  dan  melaksanakan  program  lawatan  dan  perhubungan  dengan  pihak
                           luar.
                     6.    Membantu PGB dalam  semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

                     7.    Merancang dan melaksanakan latihan/kursus kemahiran untuk guru dan murid.
                     8.    Mengurus dan mengawal selia penyelenggaraan fizikal dan pengoperasian bilik-bilik
                           khas.
                     9.    Membantu  merancang  dan  menyelia  program  pengurusan  kurikulum,  HEM  dan
                           kokurikulum.
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97