Page 106 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 106
MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022
7. Rawatan Pergigian
Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak sekolah telah menyediakan satu bilik
khas untuk doktor berkenaan memberi rawatannya. Rawatan ini diberikan sepanjang tahun.
8. Pertandingan Kebersihan Kelas
Pertandingan kebersihan kelas dijalankan pada setiap tahun. Kebersihan dinilai oleh pihak pentadbir dan kelas yang
terbaik diberikan satu piala pusingan.
9. Gotong Royong Perdana Peringkat Sekolah- Program Minggu 3K
Pihak sekolah menjalankan gotong royong perdana peringkat sekolah dengan kerjasama PIBG, MDKT, Majlis
Perwakilan Penduduk, dan pelbagai pihak lagi bagi memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih.
10. Program Motivasi
Program motivasi dijalankan untuk murid-murid tingkatan 3 dan 5. Pelbagai aktiviti berbentuk motivasi dan ilmiah
diberikan kepada murid-murid tersebut.
11. Sesi Kaunseling
Sekolah mempunyai dua orang guru kaunseling. Guru kaunseling bertindak sebagai perancang dan menjalankan
program kaunseling bagi membantu murid-murid terutama murid-murid yang bermasalah. Selain secara
berkelompok, sesi kaunseling individu juga dijalankan.
12. Program Ceramah Keselamatan Bersama AADK/PDRM
Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis dan AADK bagi menjamin keselamatan
murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah keselamatan dan pameran-pameran
dijalankan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang keselamatan diri masing-masing.
13. Program Bersama Pusat Kesihatan dan Pusat Kesihatan Daerah
Program ini dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti dijrancann seperti pemeriksaan kesihatan, ceramah
kesihatan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi dijalankan bagi memastikan murid-murid tahu cara menjaga
kesihatan agar sentiasa sihat.
100
MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022

