Page 105 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 105
MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022
8. Program Minggu (3K)
8.1 Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kebersihan, kesihatan dan keselamatan (3K)
dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
8.2 Melibat dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah dan
luar bagi mencapai matlamat bersama.
8.3 Antara aktiviti yang dilaksanakan
8.3.1 Pelancaran Program 3K.
8.3.2 Ceramah Anti Dadah.
8.3.3 Pertandingn Melukis Poster.
8.3.4 Pertandingan Memasak Menu Sihat.
8.3.5 Kuiz Mingguan 3K.
8.3.6 Pameran Kesihatan dan Anti merokok.
8.3.7 Pemeriksaan Kesihatan Guru Guru dan Staf Sokongan.
8.3.8 Gotong Royong Perdana dan Menanam Pokok.
8.3.9 Program Kitar Semula.
8.3.10 Larian Hijau Lestari.
9. Program Bulan Patriotisme
9.1 Memupuk semangat cinta akan Negara dalam kalangan pelajar.
9.2 Mengingati semula peristiwa-peristiwa bersejarah tanahair.
9.3 Menghayati erti kemerdekaan tanahair.
9.4 Pengibaran Jalur Gemilang.
AKTIVITI –AKTIVITI HAL EHWAL MURID
1. Pendaftaran dan orentasi pelajar Tingkatan 1 dan 4
Pendaftaran dan orentasi tingkatan 1 dan 4 ini dijalankan sebaik sahaja sesi persekolahan bermula. Murid-murid
diberikan pendedahan awal persekitaran sekolah, peraturan disiplin dan sejarah sekolah bagi membiasakan mereka
dengan suasana persekolahan yang baru.
2. Kursus Kepimpinan Pengawas,Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan.
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri ciri kepimpinan dan motivasi kepada Pengawas, Ketua Tingkatan
dan Penolong Ketua Tingkatan. Selain itu kursus ini juga bertujuan menerapkan ciri-ciri dan nilai kepimpinan dalam
kalangan mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik sepertimana diamanahkan.
3. Watikah perlantikan Pengawas, Ketua Tingkatan dan Ketua Penolong Ketua Tingkatan.
Sekolah juga menjalankan pelantikan Pengawas, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua tingkatan pada awal tahun
sesi persekolahan pada setiap tahun. Pelantikan ini bagi memberikan pelantikan secara rasmi murid-murid yang
telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut.
4. Sambutan Hari Guru
Sambutan diadakan pada 16 Mei setiap tahun yang bertujuan memberi penghargaan kepada guru-guru selain
memberi peluang kepada murid-murid mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar mereka.
5. Latihan Kebakaran
Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu sekali pada penggal pertama dan
sekali pada penggal kedua. Pihak sekolah juga memanggil Jabatan Bomba/Angkatan Pertahanan Awam (APAM)
berhampiran untuk memberi ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan betul.
6. Program Imunisasi Murid Tingkatan 1 dan 3
Program imunisasi HPV Murid Tingkatan 1 diberi kepada pelajar perempuan sahaja dan Suntikan Pelalian Tetanus
untuk murid tingkatan 3 pada pertengahan tahun. Kedua-dua imunisasi ini diberi oleh klinik kesihatan yang
berhampiran iaitu Pejabat Kesihatan Kota Tinggi.
99
MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022

