Page 103 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 103

MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
                            SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022







               PENDAHULUAN.

               Hal Ehwal Murid SMK Taman Kota Jaya mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya daripada
               aspek  akhlak  dan  sahsiah  serta  keterampilan  mereka.  Atas  dasar  inilah  matlamat  dan  objektif  pengurusan  HEM
               bertunjang  kepada  kebajikan,  keselamatan  dan  akhlak  serta  disiplin  murid  sentiasa  pada  tahap  yang  baik  serta
               berkualiti  mampu  memberi  sumbangan  kepada  bangsa,  agama  dan  negara.  Kejayaan  cemerlang  sesebuah  sekolah
               banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disipilin, sahsiah dan komitmen murid-
               muridnya, Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan perbagai program yang dianjurkan oleh
               unit Hal Ehwal Murid untuk memastikan misi dan visi sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan
               murid  mampu  merealisasikan  wawasan  SMK  Taman  Kota  Jaya.  Pengurusan  Hal  Ehwal  Murid  (HEM)  memberi
               tumpuan  khususnya kepada diri para pelajar dan amnya kepada guru, ibu bapa/penjaga dan juga agensi luar. Dengan
               itu,  perkembangan  diri  pelajar  sepertimana  diharapkan  dalam  Falsafah  Pendidikan  Negara  dapat  dicapai  dan
               dimurnikan  dari  semasa  ke  semasa  mengikut  perkembangan  dunia  globalisasi  kini.  Diharapkan  para  pelajar  sebagai
               pemimpin masa hadapan dapat dididik secara holistik.

               MATLAMAT

               Membantu  dalam  perkembangan  diri  dan  sahsiah  murid  supaya  murid  berfungsi  sebagai  individu  yang  seimbang,
               berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritis, memupuk potensi dan kebolehan ketahap
               maksimum dan menyuburkan potensi kepimpinan diri.

               OBJEKTIF

                       ▪   Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas pengurusan HEM.
                       ▪   Menghasilkan satu program HEM yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah.
                       ▪   Menyedia dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketerampilan.
                       ▪   Dijadikan satu dokumentasi mengurus disiplin pelajar dengan lebih bersistematik dan mudah rujuk.
                       ▪   Mewujudkan keselarasan dalam membuat keputusan dalam kalangan pengurus disiplin.
                       ▪   Meningkatkan kecekapan pengurusan disiplin di sekolah.
                       ▪   Meminimumkan masalah salahlaku pelajar-pelajar.
                       ▪   Meningkatkan peratus kehadiran murid dan menurunkan peratus ponteng sekolah.


               STRATEGI PELAKSAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT PENGURUSAN HEM 2022

               1.      Sistem Pendaftaran Pelajar
                       1.1    Ibubapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa hari pendaftaran.
                       1.2    Program Hari Orentasi pelajar Tingkatan 1 dan 4.
                       1.3    Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adakah seperti berikut:
                              1.3.1    Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid.
                              1.3.2    Bayaran sumbangan persekolahan.
                              1.3.3    Pengagihan buku teks.
                              1.3.4    Taklimat sistem pentadiran sekolah kepada ibu bapa atau penjaga.
                              1.3.5    Memasukkan data murid ke dalam buku rekod sekolah dan sisitem maklumat murid
                                     sebelum akhir bulan Januari setiap tahun.

               2.      Penguatkuasaan Peraturan Sekolah
                       2.1    Semua murid perlu memiliki buku panduan tatacara disiplin sekolah.
                       2.2    Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
                       2.3    Membuat lantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tingkatan 1 hingga 5.
                       2.4    Bilangan pengawas sekolah adalah 15% daripada bilangan keseluruhan murid pada tahun semasa.
                       2.5    Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut:
                              2.5.1    Pencalonan oleh guru kelas.
                              2,5,2    Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah.
                              2.5.3    Kursus pelaksanan tugas dan tanggungjawab.
                              2.5.4    Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari/mengikut takwim semasa.
                              2.5.5    Majlis Watikah Perlantikan.
                       2.6    Mengadakan sesi kaunseling khas pada murid murid yang sering melanggar peraturan sekolah.

                                                                                                           97

                  MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108