Page 101 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 101
MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022
PERATURAN-PERATURAN DALAM PENGURUSAN STOR
DAN PINJAMAN PERALATAN KOKURIKULUM / SUKAN
1. Guru atau peminjam hendaklah mengisi Borang Pinjaman Peralatan tiga hari sebelum peralatan hendak
digunakan.
2. Pinjaman peralatan diberikan mengikut keutamaan yang berikut :
2.1 Keutamaan aktiviti sama ada peringkat kebangsaan, negeri, daerah, sekolah dan persatuan atau kelab.
2.2 Keutamaan peminjam iaitu PPD, Pengetua, Penolong-penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru-guru
Kanan Mata Pelajaran, guru-guru dan pelajar.
2.3 Peminjam yang terdahulu memohon diutamakan.
3. Guru atau peminjam tersebut perlu datang sendiri untuk mengambil peralatan yang dipinjam. Tidak boleh
mewakilkan kepada orang lain.
4. Tempoh pinjaman adalah tertakluk kepada jangka masa yang dinyatakan dalam permohonan dengan merujuk
kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
5. Peralatan yang dipinjam perlu digunakan dengan cara dan tujuan yang selamat dan tidak memudaratkan atau
membahayakan orang lain.
6. Peralatan yang dipinjam perlu dijaga, diguna dan dikendalikan dengan cara yang cermat dengan tujuan tidak
merosakkan peralatan sama ada dari aspek teknikal dan juga fizikal peralatan tersebut.
7. Unit Kokurikulum berhak mengambil semua peralatan yang digunakan sekiranya didapati peralatan tersebut
tidak diurus dengan baik atau digunakan dengan cara dan tujuan yang berbahaya kepada orang lain.
8. Setiap peralatan yang dipinjam adalah menjadi tanggungjawab pihak yang meminjam. Sebarang kerosakan,
ketidakcukupan komponen atau peralatan hilang perlu digantikan oleh peminjam.
9. Peminjam perlu memastikan telah menandatangani buku Rekod Pinjaman Peralatan semasa mengambil dan
pemulangan peralatan yang dipinjam.
10. Kelulusan pinjaman adalah tertakluk kepada kebenaran daripada pengetua.
95
MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022

