Page 94 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 94

MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
                            SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022







                                            SENARAI TUGAS PENGURUS PASUKAN

                 1.  Memastikan adanya senarai nama pasukan yang lengkap ( kad pengenalan).
                 2.  Menguruskan borang kebenaran ibu bapa/ penjaga dan memastikan semua peserta mengisi borang tersebut
                     dengan lengkap.
                 3.  Menguruskan surat cuti sekolah agama (Jika perlu).
                 4.  Mengatur jadual latihan yang sesuai (berbincang dengan jurulatih pasukan).
                 5.  Menghadiri mesyuarat pengurus pasukan.
                 6.  Membuat anggaran perbelanjaan pasukan.
                 7.  Menguruskan keperluan pasukan (makan, minum, pengangkutan, perubatan, penginapan) termasuk semasa
                     sesi latihan jika perlu).
                 8.  Menguruskan keperluan peralatan sepanjang pertandingan (contoh :pakaian, bola, raket dan lain-lain).
                 9.  Menyediakan laporan dan menghantar kepada PK Kokurikulum seminggu selepas tamat pertandingan.
                 10.  Membaca,  memahami  dan  mematuhi  pekeliling  dan  prosedur  yang  berkaitan  dengan  pengurusan  dan
                     keselamatan murid.
                 11.  Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.


                                            SENARAI TUGAS JURULATIH PASUKAN

                 1.  Membuat pemilihan peserta pasukan.
                 2.  Melatih pasukan sekurang-kurangnya 18 jam dan perlu direkodkan (Latihan selama 18 jam bukan jaminan untuk
                     pasukan menyertai pertandingan).
                 3.  Menerapkan kemahiran,. taktikal dan strategi permainan semasa dalam sesi latihan kepada pasukan.
                 4.  Menerapkan cara latihan yang betul untuk mengurangkan risiko kecederaan kepada ahli pasukan.
                 5.  Memastikan kecergasan peserta pasukan pada tahap yang tinggi.
                 6.  Mengatur jadual latihan yang sesuai (berbincang dengan pengurus pasukan)
                 7.  Memastikan peralatan dan kemudahan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat.
                 8.  Memastikan peralatan yang digunakan sesama sesi latihan dikemas dan disimpan semula di tempat yang telah
                     ditetapkan.
                 9.  Memastikan pasukan yang dihantar adalah kuat dan boleh bersaing dengan pasukan lain. (boleh menang)
                 10.  Membaca,  memahami  dan  mematuhi  pekeliling  dan  prosedur  yang  berkaitan  dengan  pengurusan  dan
                     keselamatan murid.
                 11.  Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.









                                                                                                           88
                      MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99