Page 99 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 99

MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
                            SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022



               5.0     Kegiatan Persatuan dan Kelab

               5.1     Tatacara pelajar

               5.1.1   Pelajar hendaklah berada di bilik / tempat yang ditentukan tepat pada masa yang ditetapkan.
               5.1.2   Setiausaha merekodkan kehadiran ahli.
               5.1.3   Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai mengikut arahan.
               5.1.4   Pelajar hendaklah menunggu arahan guru sebelum aktiviti dimulakan.
               5.1.5   Pelajar dilarang melakukan sebarang aktiviti tanpa pengawasan guru.
               5.1.6   Pelajar mesti mengikut arahan semasa melakukan aktiviti.
               5.1.7   Sekiranya  anda  merasa  tidak  selesa  atau  di  luar  kemampuan  diri  semasa  aktiviti  sila  berhenti  dan
                       memberitahu kepada guru.
               5.1.8   Pelajar mesti melakukan aktiviti dalam kawasan yang ditentukan.
               5.1.9   Pelajar hendaklah melaporkan kemalangan yang berlaku kepada guru yang bertugas.

               5.2     Tatacara penasihat

               5.2.1   Penasihat bertanggungjawab menentukan jadual program dan hadir mengikut jadual.
               5.2.2   Penasihat hendaklah merekodkan kehadiran pelajar.
               5.2.3   Penasihat menentukan objektif aktiviti berdasarkan peralatan dan kemampuan pelajar.
               5.2.4   Penasihat hendaklah mengambil berat aduan pelajar ( siasat ) tentang taraf kesihatan.
               5.2.5   Penasihat  mesti  mengambil  langkah  berjaga-jaga  yang  sewajarnya  untuk  mengelakkan  sebarang
                       kemalangan.
               5.2.6   Penasihat mesti memastikan pelajar mengamalkan disiplin yang tinggi dan peraturan sekolah.


               7.0     Kegiatan Luar Lawatan Sambil Belajar

               7.1     Tatacara pelajar.

               7.1.1   Pelajar melengkapkan borang kebenaran ibu bapa.
               7.1.2   Pelajar dikehendaki menyediakan pakaian yang secukupnya mengikut atur cara.
               7.1.3   Pelajar dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan berkaitan.
               7.1.4   Pelajar dikehendaki sentiasa menjaga nama baik sekolah.
               7.1.5   Pelajar dikehendaki sentiasa peka kepada arahan dan peraturan tempat lawatan.
               7.1.6   Pelajar sentiasa berada dalam kumpulan.
               7.1.7   Sekiranya pelajar terpisah daripada kumpulan ,tunggu di satu tempat dan minta bantuan.
               7.1.8   Pelajar dikehendaki melaporkan sebarang kecemasan yang berlaku.
               7.1.9   Pelajar dikehendaki membuat persediaan awal untuk program lawatan.
               7.1.10  Pelajar dikehendaki membuat catatan sepanjang program.
               7.1.11  Pelajar dikehendaki menulis laporan/esei selepas program lawatan.

               7.2     Tatacara guru / penasihat

               7.2.1   Guru / penasihat dikehendaki menyediakan kertas kerja program dan dihantar untuk proses kelulusan pihak
                       pentadbir.
               7.2.2   Guru / penasihat dikehendaki mendapatkan kebenaran daripada JPNJ.
               7.2.2   Guru / penasihat dikehendaki memastikan program berjalan mengikut jadual.
               7.2.3   Guru / penasihat sentiasa memantau tentang bilangan pelajar setiap sesi.
               7.2.4   Guru / penasihat memainkan peranan untuk memastikan program berjaya.
               7.2.5   Guru / penasihat melibatkan pelajar secara aktif dalam setiap atur cara.
               7.2.6   Guru / penasihat dikehendaki menyediakan cenderamata untuk tempat-tempat lawatan ( jika perlu ).
               7.2.7   Guru / penasihat dikehendaki sentiasa mengawasi disiplin pelajar.
               7.2.8   Guru / penasihat dikehendaki sentiasa menjaga kebajikan dan kesihatan pelajar.
               7.2.9   Guru / penasihat dikehendaki mengambil langkah berjaga-jaga yang tinggi  dalam semua perkara ( meramal
                       risiko ).







                                                                                                           93
                      MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104