Page 97 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 97
MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022
MANUAL TUGASAN UNIT KOKURIKULUM
5.2.1 PERATURAN-PERATURAN DALAM PROSEDUR KESELAMATAN PELAJAR KETIKA MENJALANI
AKTIVITI KOKURIKULUM
1.0 Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum (Umum)
1.1 Tatacara pelajar
1.1.1 Pelajar mesti mendapatkan kebenaran ibu bapa /penjaga masing-masing.
1.1.2 Semua pelajar mesti mengikuti program yang diadakan di peringkat sekolah kecuali yang diberi pengecualian
dengan mengemukakan surat akuan/doktor.
1.1.3 Pelajar mesti mematuhi syarat/ peraturan yang ditetapkan untuk pelaksanaan program.
1.1.4 Pelajar mesti akur dengan arahan pemimpin/penasihat/guru sewaktu program.
1.1.5 Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan diri masing-masing.
1.1.6 Pelajar dilarang meninggalkan program tanpa kebenaran.
1.1.7 Pelajar dikehendaki membuat persediaan diri sewajarnya mengikut program yang akan dijalankan/disertai.
1.1.8 Pelajar mesti sentiasa menjaga nama baik diri,keluarga dan sekolah.
1.2 Tatacara pemimpin / penasihat / guru
1.2.1 Pemimpin/penasihat mesti mengemukakan cadangan/perancangan aktiviti kepada SU Kokurikulum untuk
perbincangan,semakan dan kebenaran.
1.2.2 Pemimpin/penasihat hendaklah menilai peserta yang benar-benar layak.
1.2.3 Pemimpin/penasihat hendaklah menyediakan susunan program dan peraturan.
1.2.4 Pemimpin/penasihat hendaklah melaksanakan pakej keselamatan sepanjang masa.
1.2.5 Pemimpin/penasihat hendaklah menyediakan laporan dan menyerahkan kepada pihak PK Kokurikulum.
1.2.6 Pemimpin/penasihat mesti mengambil langkah berjaga-jaga setiap masa ( meramal risiko )
1.3 Peranan ibu bapa
1.3.1 Mengambil tahu aktiviti yang diikuti oleh anak jagaan masing-masing.
1.3.2 Meneliti borang yang disediakan/menangani surat kebenaran.
1.3.3 Mengenal pasti keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti.
1.3.4 Mengenal pasti guru-guru yang menguruskan aktiviti.
2.0 Penggunaan Bilik Sukan , Alatan Dan Kemudahan Sukan
2.1 Tatacara pelajar.
2.1.1 Pelajar dilarang masuk ke bilik sukan tanpa urusan/kebenaran.
2.1.2 Pelajar hendaklah memberitahu alatan/kemudahan yang diperlukan kepada guru/pengawas sukan yang
bertugas.
2.1.3 Pelajar hendaklah menandatangani buku pinjaman/pemulangan alatan.
2.1.4 Pelajar mesti menggunakan alatan mengikut arahan/peraturan.
2.1.5 Pelajar hendaklah memeriksa alatan yang akan digunakan.
2.1.6 Pelajar hendaklah memulangkan semula alatan ke tempat asal.
2.1.7 Pelajar dilarang membawa peralatan keluar dari Bilik Sukan tanpa rekod.
2.1.8 Pelajar dikehendaki menulis surat permohonan untuk meminjam peralatan dan kemudahan untuk kegunaan
masa lain (program/aktiviti).
2.1.9 Pelajar dilarang mengubah sebarang kedudukan peralatan di dalam Bilik Operasi Sukan tanpa kebenaran
2.1.10 Pelajar dilarang menggunakan/berada di padang dan gelanggang pada masa hujan.
2.1.11 Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sewaktu menjalankan aktiviti dan menggunakan
peralatan sukan.
2.1.12 Pelajar mesti melaporkan kepada guru sekiranya berlaku kecemasan/kemalangan.
91
MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022

