Page 98 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 98

MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
                            SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022



               1.      Tatacara pemimpin / penasihat / guru.

               2.2     Pemimpin  /  penasihat  /  guru  boleh  mengarahkan  mana-mana  pelajar  untuk  mengambil  peralatan  /
                       kemudahan.
               2.3     Pemimpin  /  penasihat  /  guru  hendaklah  menyelia  /  memantau  proses  yang  terlibat    (  meminjam  dan
                       memulangkan ).
               2.4     Pemimpin  /  penasihat  /  guru perlu  membuat  catatan  /  laporan kemalangan  jika  ada  di  dalam  buku  yang
                       disediakan di Bilik Sukan.
               2.5     Pemimpin / penasihat / guru hendaklah memastikan pelajar menggunakan peralatan / kemudahan  mengikut
                       peraturan yang betul.
               2.6     Pemimpin / penasihat / guru bertanggungjawab untuk mengambil sebarang  langkah berjaga-jaga sewaktu
                       menggunakan peralatan / kemudahan.

               3.0     Sukan Dan Permainan
               3.1     Tatacara pelajar.

               3.1.1   Pelajar  hendaklah  melaporkan  taraf  kesihatan  yang  terkini  kepada  guru  sebelum  menjalankan  sebarang
                       aktiviti.
               3.1.2   Pelajar mesti memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu aktiviti   dijalankan.
               3.1.3   Pelajar mesti melaporkan taraf kesihatan sekiranya merasa tidak selesa sewaktu  aktiviti dijalankan.
               3.1.4   Pelajar hendaklah menunggu arahan guru sebelum aktiviti dimulakan.
               3.1.5   Pelajar dilarang melakukan sebarang aktiviti tanpa pengawasan guru.
               3.1.6   Pelajar mesti mengikut arahan semasa melakukan aktiviti.
               3.1.7   Sekiranya  anda  merasa  tidak  selesa  atau  di  luar  kemampuan  diri  semasa  aktiviti  sila  berhenti  dan
                       memberitahu kepada guru.
               3.1.8   Pelajar mesti melakukan aktiviti dalam kawasan yang ditentukan.
               3.1.9   Pelajar hendaklah melaporkan kerosakan alat sebelum / semasa digunakan kepada  guru/pengawas yang
                       bertugas.
               3.1.10  Pelajar hendaklah melaporkan kemalangan yang berlaku kepada guru yang bertugas.

               3.2     Tatacara jurulatih / guru / penasihat.

               3.2.1   Jurulatih / guru / penasihat bertanggungjawab menentukan jadual program dan hadir mengikut jadual.
               3.2.2   Jurulatih / guru / penasihat hendaklah merekodkan kehadiran pelajar.
               3.2.3   Jurulatih / guru / penasihat menentukan objektif aktiviti berdasarkan peralatan  dan kemampuan pelajar.
               3.2.3   Jurulatih / guru / penasihat hendaklah mengambil berat aduan pelajar (siasat ) tentang taraf kesihatan.
               3.2.4   Jurulatih / guru/ penasihat mesti mengambil langkah berjaga-jaga yang   sewajarnya untuk mengelakkan
                       sebarang kemalangan.
               3.2.5   Jurulatih/  guru  /  penasihat  mesti  memastikan  pelajar  mengamalkan  disiplin  yang  tinggi  dan  mematuhi
                       peraturan sekolah.
               .
               4.0     Kegiatan Unit Beruniform
               4.1     Tatacara Pelajar

               4.1.1   Pelajar  hendaklah  memastikan  kesihatan  diri  untuk  menjalankan  aktiviti  dan  mengenakan  pakaian  yang
                       sesuai mengikut aktiviti.
               4.1.2   Pelajar hendaklah berada di lokasi / tempat aktiviti pada masa yang ditentukan.
               4.1.3   Ketua / pengerusi hendaklah merekodkan kehadiran.
               4.1.4   Pelajar yang tidak hadir hendaklah dilaporkan segera.
               4.1.5   Pelajar hendaklah mematuhi arahan daripada guru / penasihat bila-bila masa.
               4.1.6   Pelajar hendaklah memastikan alatan yang digunakan tidak rosak dan   lengkap.
               4.1.7   Pelajar hendaklah melaporkan kepada guru sekiranya alatan yang dibekalkan atau digunakan rosak.
               4.1.8   Pelajar hendaklah melaporkan sebarang kemalangan yang berlaku kepada guru / penasihat.

               4.2     Tatacara guru / penasihat

               4.2.1   Guru / penasihat bertanggungjawab menentukan jadual program dan    hadir mengikut jadual yang ditetapkan.
               4.2.2   Guru / penasihat hendaklah merekodkan kehadiran pelajar.
               4.2.3   Guru / penasihat menentukan objektif aktiviti berdasarkan peralatan    dan kemampuan pelajar.
               4.2.4   Guru / penasihat hendaklah mengambil berat aduan pelajar ( siasat )  tentang taraf kesihatan.
               4.2.5   Guru / penasihat mesti mengambil langkah berjaga-jaga yang   sewajarnya untuk mengelakkan sebarang
                       kemalangan.
               4.2.6   Guru / penasihat mesti memastikan pelajar mengamalkan disiplin   yang tinggi dan peraturan sekolah


                                                                                                           92
                      MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103