Page 98 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 98
MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
SMK TAMAN KOTA JAYA
9.2 Mengingati semula peristiwa-peristiwa bersejarah tanahair
9.3 Menghayati erti kemerdekaan tanahair.
9.4 Pengibaran Jalur Gemilang
AKTIVITI –AKTIVITI HAL EHWAL MURID
1. Pendaftaran dan orentasi pelajar Tingkatan 1 dan 4
Pendaftaran dan orentasi tingkatan 1 dan 4 ini dijalankan sebaik sahaja sesi persekolahan bermula. Murid-murid
diberikan pendedahan awal persekitaran sekolah, peraturan disiplin dan sejarah sekolah bagi membiasakan mereka dengan
suasana persekolahan yang baru.
2. Kursus Kepimpinan Pengawas,Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan.
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri ciri kepimpinan dan motivasi kepada Pengawas, Ketua Tingkatan
dan Penolong Ketua Tingkatan. Selain itu kursus ini juga bertujuan menerapkan ciri-ciri dan nilai kepimpinan dalam kalangan
mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik sepertimana diamanahkan.
3. Watikah perlantikan Pengawas, Ketua Tingkatan dan Ketua Penolong Ketua Tingkatan.
Sekolah juga menjalankan pelantikan Pengawas, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua tingkatan pada awal tahun sesi
persekolahan pada setiap tahun. Pelantikan ini bagi memberikan pelantikan secara rasmi murid-murid yang telah dipilih
menjawat jawatan-jawatan tersebut.
4. Sambutan Hari Guru
Sambutan diadakan pada 16 Mei setiap tahun yang bertujuan memberi penghargaan kepada guru-guru selain memberi
peluang kepada murid-murid mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar mereka.
5. Latihan Kebakaran
Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu sekali pada penggal pertama dan sekali pada
penggal kedua. Pihak sekolah juga memanggil Jabatan Bomba/Jabatan Pertahanan Awam ( JPAM ) berhampiran untuk memberi
ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan betul.
6. Program Imunisasi Murid Tingkatan 1 dan 3
Program imunisasi HPV Murid Tingkatan 1 diberi kepada pelajar perempuan sahaja dan Suntikan Pelalian Tetanus
untuk murid tingkatan 3 pada pertengahan tahun. Kedua-dua imunisasi ini diberi oleh klinik kesihatan yang berhampiran iaitu
Pejabat Kesihatan Kota Tinggi.
7. Rawatan Pergigian
Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak sekolah telah menyediakan satu bilik
khas untuk doktor berkenaan memberi rawatannya. Rawatan ini diberikan sepanjang tahun.
8. Pertandingan Kebersihan Kelas
Pertandingan kebersihan kelas dijalankan pada setiap tahun. Kebersihan dinilai oleh pihak pentadbir dan kelas yang
terbaik diberikan satu piala pusingan.
9. Gotong Royong Perdana Peringkat Sekolah- Program Minggu 3K
Pihak sekolah menjalankan gotong royong perdana peringkat sekolah dengan kerjasama PIBG, MDKT, Majlis
Perwakilan Penduduk, dan pelbagai pihak lagi bagi memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih.
10. Program Motivasi
Program motivasi dijalankan untuk murid-murid tingkatan 3 dan 5. Pelbagai aktiviti berbentuk motivasi dan ilmiah
diberikan kepada murid-murid tersebut.
11. Sesi Kaunseling
Sekolah mempunyai dua orang guru kaunseling. Guru kaunseling bertindak sebagai perancang dan menjalankan
program kaunseling bagi membantu murid-murid terutama murid-murid yang bermasalah. Selain secara berkelompok, sesi
kaunseling individu juga dijalankan.
12. Program Ceramah Keselamatan Bersama AADK/PDRM
Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis dan AADK bagi menjamin keselamatan
murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah keselamatan dan pameran-pameran dijalankan bagi
memberi pendedahan kepada murid-murid tentang keselamatan diri masing-masing.
13. Program Bersama Pusat Kesihatan dan Pusat Kesihatan Daerah
Program ini dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti dijrancann seperti pemeriksaan kesihatan, ceramah
kesihatan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi dijalankan bagi memastikan murid-murid tahu cara menjaga kesihatan agar
sentiasa sihat.
98

