Page 93 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 93

MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
                               SMK TAMAN KOTA JAYA

           7.0    Kegiatan Luar Lawatan Sambil Belajar

           7.1    Tatacara pelajar.

           7.1.1   Pelajar melengkapkan borang kebenaran ibu bapa.
           7.1.2   Pelajar dikehendaki menyediakan pakaian yang secukupnya mengikut atur cara.
           7.1.3   Pelajar dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan berkaitan.
           7.1.4   Pelajar dikehendaki sentiasa menjaga nama baik sekolah.
           7.1.5   Pelajar dikehendaki sentiasa peka kepada arahan dan peraturan tempat lawatan.
           7.1.6   Pelajar sentiasa berada dalam kumpulan.
           7.1.7   Sekiranya pelajar terpisah daripada kumpulan ,tunggu di satu tempat dan minta bantuan.
           7.1.8   Pelajar dikehendaki melaporkan sebarang kecemasan yang berlaku.
           7.1.9   Pelajar dikehendaki membuat persediaan awal untuk program lawatan.
           7.1.10  Pelajar dikehendaki membuat catatan sepanjang program.
           7.1.11  Pelajar dikehendaki menulis laporan/esei selepas program lawatan.
           7.2    Tatacara guru / penasihat

           7.2.1   Guru  /  penasihat  dikehendaki  menyediakan  kertas  kerja  program  dan  dihantar  untuk  proses  kelulusan  pihak
                  pentadbir.
           7.2.2   Guru / penasihat dikehendaki mendapatkan kebenaran daripada JPNJ.
           7.2.2   Guru / penasihat dikehendaki memastikan program berjalan mengikut jadual.
           7.2.3   Guru / penasihat sentiasa memantau tentang bilangan pelajar setiap sesi.
           7.2.4   Guru / penasihat memainkan peranan untuk memastikan program berjaya.
           7.2.5   Guru / penasihat melibatkan pelajar secara aktif dalam setiap atur cara.
           7.2.6   Guru / penasihat dikehendaki menyediakan cenderamata untuk tempat-tempat lawatan ( jika perlu ).
           7.2.7   Guru / penasihat dikehendaki sentiasa mengawasi disiplin pelajar.
           7.2.8   Guru / penasihat dikehendaki sentiasa menjaga kebajikan dan kesihatan pelajar.
           7.2.9   Guru / penasihat dikehendaki mengambil langkah berjaga-jaga yang tinggi  dalam semua perkara ( meramal risiko ).


            8.0   Kegiatan Luar Perkhemahan

           8.1    Tatacara pelajar

           8.1.1   Pelajar dikehendaki melengkapkan borang kebenaran ibu bapa.
           8.1.2   Pelajar mesti patuh kepada arahan dan berada di tempat yang ditentukan.
           8.1.3   Pelajar dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan.
           8.1.4   Pelajar mesti menyediakan semua peralatan yang diperlukan.
           8.1.5   Pelajar mesti menyediakan pakaian secukupnya dan bersesuaian.
           8.1.6   Pelajar mendirikan khemah di kawasan yang dikenalpasti selamat.
           8.1.7   Pelajar dikehendaki membersihkan kawasan persekitaran dan  menabur    belerang di sekeliling khemah.
           8.1.8   Pelajar dilarang merosakkan / menebang sebarang pokok / tumbuhan.
           8.1.9   Hentikan aktiviti sekiranya cuaca buruk akan berlaku.
           8.1.9   Pelajar dikehendaki melaporkan kepada guru sekiranya ada  gangguan daripada haiwan liar ,gigitan serangan dan
                  kecemasan.
           8.1.10  Sekiranya sakit berterusan keluar dari kawasan perkhemahan untuk    mendapatkan rawatan di hospital / klinik.
           8.1.11  Pelajar dilarang menjalankan aktiviti di air tanpa pengawasan guru /    penyelamat kelemasan.
           8.1.12  Pelajar mesti memakai jaket keselamatan untuk menjalankan aktiviti di air.

           8.2    Tatacara guru / penasihat

           8.2.1   Guru / penasihat perlu ada sijil yang berkaitan untuk sesuatu program .
           8.2.2   Guru / penasihat mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak yang terlibat.
           8.2.3   Guru / penasihat mesti menyediakan syarat, peraturan, senarai keperluan untuk semua aktiviti yang akan dijalankan.
           8.2.4   Guru / penasihat perlu membuat kajian / tinjauan tentang kawasan / lokasi aktiviti ( perkhemahan / air ).
           8.2.5   Guru / penasihat perlu mengatur pengisian program dengan teliti.
           8.2.6   Guru / penasihat perlu menyediakan pembantu / pegawai secukupnya.
           8.2.7   Guru / penasihat perlu membuat penyeliaan dan pengawasan rapi.
           8.2.8   Guru  /  penasihat  perlu  mengambil  sebarang  langkah  berjaga-jaga  untuk        mengelakkan  sebarang  kecemasan  /
                  kemalangan.

           9.0    Perjumpaan Mingguan  ( Hari Gerak Kerja Kokurikulum )

           9.1    Tatacara pelajar

           9.1.1   Pelajar mesti hadir ke sekolah seperti biasa dengan mengenakan pakaian yang dibenarkan / pakaian seragam.
           9.1.2   Pelajar mesti melaporkan kehadiran kepada pemimpin / penasihat untuk setiap sesi mengikut jadual.
           9.1.3   Pelajar dilarang meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran.
           9.1.4   Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan diri masing-masing.
           9.1.5   Pelajar hanya dibenarkan makan di kantin pada waktu rehat.
                                                                                                              93
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98