Page 96 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 96

MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
                               SMK TAMAN KOTA JAYA







           PENDAHULUAN.

           Hal Ehwal Murid SMK Taman Kota Jaya mempunyai  tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya daripada aspek
           akhlak  dan sahsiah serta keterampilan mereka. Atas dasar inilah  matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada
           kebajikan,keselamatan  dan  akhlak  serta  disiplin  murid  sentiasa  pada  tahap  yang  baik  serta  berkualiti  mampu  memberi
           sumbangan kepada bangsa, agama dan negara. Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak  bergantung kepada bagaimana
           sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disipilin, sahsiah dan komitmen murid-muridnya, Atas dasar inilah pihak sekolah telah
           merancang dan melaksanakan perbagai program yang dianjurkan oleh unit Hal Ehwal Murid untuk memastikan misi dan visi
           sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan wawasan SMK Taman Kota Jaya.
           Pengurusan  Hal  Ehwal  Murid  (HEM)  memberi  tumpuan    khususnya  kepada  diri  para  pelajar  dan  amnya  kepada  guru,  ibu
           bapa/penjaga dan juga agensi luar. Dengan itu, perkembangan diri pelajar sepertimana diharapkan dalam Falsafah Pendidikan
           Negara dapat dicapai dan dimurnikan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan dunia globalisasi kini. Diharapkan para
           pelajar sebagai pemimpin masa hadapan dapat dididik secara holistik.

           MATLAMAT

           Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari ,
           berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritis , memupuk potensi dan kebolehan ketahap maksimum dan
           menyuburkan potensi kepimpinan diri

           OBJEKTIF

                  -Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas pengurusan HEM
                  -Menghasilkan satu program HEM yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah.
                  -Menyedia dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketerampilan.
                  -Dijadikan satu dokumentasi mengurus disiplin pelajar dengan lebih   bersistematik dan mudah rujuk.
                  -Mewujudkan  keselarasan dalam membuat keputusan dalam kalangan  pengurus disiplin
                  -Meningkatkan kecekapan pengurusan disiplin di sekolah,
                  -Meminimumkan masalah salahlaku pelajar-pelajar.
                  -Meningkatkan peratus kehadiran murid dan menurunkan peratus ponteng sekolah

           STRATEGI PELAKSAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT PENGURUSAN HEM 2021

           1.     Sistem Pendaftaran Pelajar
                  1.1    Ibubapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa hari pendaftaran
                  1.2    Program Hari Orentasi pelajar Tingkatan 1 dan 4
                  1.3    Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adakah seperti berikut:
                         1.3.1    Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid
                         1.3.2    Bayaran sumbangan persekolahan
                         1.3.3    Pengagihan buku teks.
                         1.3.4    Taklimat sistem pentadiran sekolah kepada ibu bapa atau penjaga
                         1.3.5    Memasukkan data murid ke dalam buku rekod sekolah dan sisitem maklumat murid sebelum akhir
                                 bulan Januari setiap tahun.

           2.     Penguatkuasaan Peraturan Sekolah
                  2.1    Semua murid perlu memiliki buku panduan tatacara disiplin sekolah
                  2.2    Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama
                  2.3    Membuat lantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tingkatan 1 hingga 5
                  2.4    Bilangan pengawas sekolah adalah 15% daripada bilangan keseluruhan murid pada tahun  semasa.
                  2.5    Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut:
                         2.5.1    Pencalonan oleh guru kelas
                         2,5,2    Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah
                         2.5.3    Kursus pelaksanan tugas dan tanggungjawab
                         2.5.4    Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari
                         2.5.5    Majlis watikah perlantikan
                  2.6    Mengadakan sesi kaunseling khas pada murid murid yang sering melanggar peraturan sekolah.

           3.     Pelaksanaan Program Kesihatan
                  3.1    Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut:
                         3.1.1    Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.
                         3.1.2    Berinteraksi dengan kawan-kawan.
                         3.1.3    Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.


                                                                                                              96
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101