Page 94 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 94
MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
SMK TAMAN KOTA JAYA
9.1.6 Pelajar hendaklah mematuhi peraturan sekolah.
9.1.7 Pelajar digalakkan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang diadakan.
9.1.8 Ketua / pengerusi unit / kelab mesti membuat laporan dan kemas kinikan maklumat perjumpaan dalam buku / fail
gerko.
9.2 Tatacara Pemimpin / Penasihat
9.2.1 Pemimpin / penasihat hendaklah hadir ke sekolah seperti biasa.
9.2.2 Pemimpin / penasihat mesti mengambil kedatangan pelajar setiap sesi.
9.2.3 Pemimpin / penasihat Unit Pakaian Seragam mesti mengenakan pakaian seragam masing-masing atau pakaian
yang sesuai untuk penasihat yang lain.
9.2.4 Pemimpin / penasihat mesti mengendalikan perjumpaan mingguan mengikut jadual yang ditetapkan.
9.2.5 Pemimpin/penasihat mesti mengemukakan aktiviti/perancangan kepada penyelaras sebelum pelaksanaan.
9.2.6 Pemimpin / penasihat hendaklah memastikan peraturan sekolah dipatuhi oleh semua pelajar.
9.2.7 Pemimpin / penasihat hendaklah memastikan keselamatan pelajar terkawal sewaktu aktiviti dijalankan.
PERATURAN-PERATURAN DALAM PENGURUSAN STOR DAN PINJAMAN PERALATAN KOKURIKULUM / SUKAN
1. Guru atau peminjam hendaklah mengisi Borang Pinjaman Peralatan tiga hari sebelum peralatan hendak digunakan.
2. Pinjaman peralatan diberikan mengikut keutamaan yang berikut;
2.1 Keutamaan aktiviti sama ada peringkat kebangsaan, negeri, daerah, sekolah dan persatuan atau kelab.
2.2 Keutamaan peminjam iaitu PPD, Pengetua, Penolong-penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru-guru Kanan
Mata Pelajaran, guru-guru dan pelajar.
2.3 Peminjam yang terdahulu memohon diutamakan.
3. Guru atau peminjam tersebut perlu datang sendiri untuk mengambil peralatan yang dipinjam. Tidak boleh
mewakilkan kepada orang lain.
4. Tempoh pinjaman adalah tertakluk kepada jangka masa yang dinyatakan dalam permohonan dengan merujuk
kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
5. Peralatan yang dipinjam perlu digunakan dengan cara dan tujuan yang selamat dan tidak memudaratkan atau
membahayakan orang lain.
6. Peralatan yang dipinjam perlu dijaga, diguna dan dikendalikan dengan cara yang cermat dengan tujuan tidak
merosakkan peralatan sama ada dari aspek teknikal dan juga fizikal peralatan tersebut.
7. Unit Kokurikulum berhak mengambil semua peralatan yang digunakan sekiranya didapati peralatan tersebut tidak
diurus dengan baik atau digunakan dengan cara dan tujuan yang berbahaya kepada orang lain.
8. Setiap peralatan yang dipinjam adalah menjadi tanggungjawab pihak yang meminjam. Sebarang kerosakan,
ketidakcukupan komponen atau peralatan hilang perlu digantikan oleh peminjam.
9. Peminjam perlu memastikan telah menandatangani buku Rekod Pinjaman Peralatan semasa mengambil dan
pemulangan peralatan yang dipinjam.
10. Kelulusan pinjaman adalah tertakluk kepada kebenaran daripada pengetua.
94

