Page 20 - Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 4
P. 20

(b)  Jelaskan tiga tujuan bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan yang dicadangkan.

                      Penumpuan pada bidang tugas yang diberi sahaja.
                      Dapat meningkatkan kemahiran kerana melakukan kerja yang sama dalam satu jabatan.
                      Mudah melatih pekerja baharu kerana dalam bidang pengkhususan yang sama.
                      Mengurangkan kos dan masalah pengurusan kerana wujud sistem perkongsian sumber.
                                                                                                           (3 markah)


                   (c)  Pada pendapat Puan Siti Zaleha, tiada bahagian fungsian boleh bekerja secara berasingan tapi setiap fungsian
                      saling bergantung antara satu sama lain.
                      Jelaskan tiga kepentingan interaksi perniagaan Puan Siti Zaleha dengan organisasi luar.
                      Mewujudkan jaringan perniagaan. Dapat membantu mengukuhkan sistem operasi. Mengekalkan
                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                      kelangsungan perniagaan dalam pasaran.

                      Mengukuhkan hubungan baik. Mengukuhkan hubungan baik dengan pelanggan akan membantu
                      peningkatan dalam pencapaian matlamat perniagaan.
                      Menambahkan sumber perniagaan. Membolehkan perniagaan menambah potensi sumber peniagaan
                      seperti bahan mentah, pembiayaan dan kepakaran.
                      Menjalinkan kerjasama strategik. Meningkatkan jalinan kerjasama antara perniagaan dengan perniagaan
                      lain yang berpotensi untuk kerjasama strategik.
                                                                                                           (6 markah)



                                                             Bahagian C
                                                             [20 markah]


               Jawab semua soalan.                                                                                      Kertas Penillaian

                10.  Baca maklumat di bawah dan jawab soalan yang berikut.

                     Karim merupakan seorang pengusaha ladang strawberi di kawasan tanah rendah, iaitu di Semeling, Kedah.
                     Karim menjual hasil ladang kepada pemborong di pasar dan juga pasar raya yang berhampiran. Dia sedar
                     bahawa perniagaannya akan bertambah baik sekiranya corak pentadbiran diubahsuai. Cara ini akan
                     membolehkannya mendapat harga yang lebih tinggi. Dia hendak memperkenalkan konsep membeli di ladang
                     kepada pelanggan sasarannya dan juga memperkenalkan kegiatan pelancongan berasaskan pertanian di
                     sekitar kawasan ladangnya.
                         Dalam  perancangannya,  Karim  hendak  mengubah  suai  kawasan  ladangnya  untuk  dijadikan  sebuah
                     kawasan pelancongan dengan membina sebuah kilang kecil untuk memproses hasil strawberi dari ladangnya.
                     Strawberi tersebut akan diproses, dibungkus dan dijual dalam bentuk makanan ringan, jeruk atau jem. Selain
                     itu, pengunjung juga berpeluang untuk memetik strawberi dan menikmati strawberi segar terus dari ladang.
                     Usaha ini meningkatkan bilangan pengunjung ke ladang dan kilang stawberinya. Dengan ini, Karim bukan
                     sahaja akan mendapat pelanggan akhir, malah akan dapat mempromosikan produk kilangnya.
                         Untuk memenuhi keperluan pelawat, Karim perlu menyediakan sebuah kafe yang menjual minuman dan
                     makanan ringan. Usaha ini merupakan satu lagi peluang untuk mencari keuntungan dalam perusahaannya.
                     Namun begitu, Karim sedar bahawa rancangan ini akan memerlukan modal tambahan yang agak banyak.
                     Isterinya pula tidak bersetuju dengan rancangannya.
                     “Rancangan kamu ini pastinya memerlukan modal yang sangat banyak malah perlu ada strategi pemasaran
                     yang menarik. Tanpa promosi, pasti rancangan itu gagal” isterinya terus berleter.


                   (a)  Banyak perubahan yang Karim perlu lakukan bagi mengubah perniagaannya.
                      (i)  Nyatakan dua bahagian fungsian yang ingin diubahnya.
                          Bahagian fungsian pentadbiran
                          Bahagian fungsian pengagihan
                                                                                                           (2 markah)




                                                                125




       Modul A+ Pnigaan Tg4 KP 2nd.indd   125                                                                  4/13/2022   9:14:26 AM
   15   16   17   18   19   20   21   22