Page 19 - Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 4
P. 19

Bahagian B
                                                             [30 markah]

               Bahagian ini mengandungi 3 soalan. Pilih 2 soalan sahaja.
                 7.  (a)  Nyatakan tiga jenis trend persekitaran perniagaan.

                      Trend meningkat
                      Trend menurun
                      Trend mendatar
                                                                                                           (3 markah)
                   (b)  Jelaskan tiga faktor yang boleh mempengaruhi trend persekitaran.
                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                      Faktor dalaman, iaitu gaya pengurusan. Gaya pengurusan yang cekap dan sistematik akan
                      menyebabkan peningkatan aktiviti dan operasi perniagaan. Gaya pengurusan yang tidak sesuai akan
                      menyebabkan perniagaan semakin merosot.
                      Faktor dalaman, iaitu pekerja. Pekerja yang berkebolehan akan meningkatkan daya pengeluaran.
                      Pekerja yang kurang produktif menyebabkan aktiviti pengeluaran terjejas.
                      Faktor luaran, iaitu ekonomi. Keadaan ekonomi stabil dan positif memberi peluang kepada perniagaan.

                      Keadaan ekonomi yang lembap atau perlahan memberi kesan negatif kepada perniagaan.
                      Faktor luaran, iaitu politik. Politik yang stabil akan mendorong peningkatan dalam perniagaan.
                      Keadaan politik yang tidak stabil memberi kesan yang negatif kepada perniagaan.
                                                                                                           (6 markah)
                   (c)  Huraikan dua peranan kerajaan persekutuan dalam aspek perkembangan aktiviti perniagaan.
                      Aktiviti promosi. Berusaha untuk memacu pertumbuhan ekonomi ke arah yang lebih stabil dan kukuh.

                      MATRADE menjalankan peranan sebagai sebuah agensi kerajaan yang mempromosikan aktiviti berkaitan   Kertas Penillaian
                      dengan perdagangan di luar negara.
                      Aktiviti latihan dan pembangunan. Bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peniaga
                      terutama dalam kalangan Bumiputera agar terus berdaya saing dalam pasaran. Agensi terlibat, iaitu
                      MPC berperanan menyediakan input dalam bidang produktiviti dan kualiti, iaitu kursus keusahawanan,

                      pengurusan dan kawalan kualiti.
                      Aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan oleh kerajaan dapat
                      menjana kreativiti dan inovasi untuk menempah kejayaan dalam dunia perniagaan. Agensi yang terlibat,
                      iaitu MARDI menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian dan memperkenalkan teknologi baharu

                      kepada industri untuk tujuan peningkatan produktiviti dan kualiti produk.
                                                                                                           (6 markah)


                 8.  Baca maklumat di bawah dan jawab soalan yang berikut.
                    Keadaan persekitaran perniagaan akan sentiasa berubah dan hal ini akan memberi impak kepada pencapaian
                    matlamat dan objektif perniagaan. Oleh yang demikian, semua matlamat dan objektif yang telah ditetapkan oleh
                    organisasi berkemungkinan tidak akan tercapai. Pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi sama ada menjadi
                    halangan atau ancaman kepada perniagaan.

                   (a)  Berikan tiga langkah penyelesaian yang boleh digunakan apabila gagal mencapai matlamat.
                      Mengurangkan kos.
                      Menurunkan harga produk.

                      Mempelbagaikan barang atau perkhidmatan.
                      Mengurangkan kadar pembayaran dividen kepada pemegang syer.
                      Menyemak semula matlamat perniagaan.
                                                                                                           (3 markah)
                                                                123




       Modul A+ Pnigaan Tg4 KP 2nd.indd   123                                                                  4/13/2022   9:14:26 AM
   14   15   16   17   18   19   20   21   22