Page 17 - Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 4
P. 17

MARDI – yang menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian dan memperkenalkan teknologi baharu untuk

            meningkatkan kualiti produk.
            SIRIM – memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan dan bermutu tinggi.

            Menjalankan kajian untuk meningkatkan mutu dan memastikan tiada penyelewengan dalam kualiti produk.
            MPC – menyediakan input dalam bidang produktiviti dan kuantiti dengan memberikan kursus dan latihan untuk
          BAB 2  peningkatan kualiti usahawan dalam pelbagai bidang





                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                 Tahap Penguasaan                                       Tafsiran
                                       Menganalisis faktor-faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran
                         4
                                       perniagaan.


            Berdasarkan situasi di bawah, anda dikehendaki membuat analisis dan mencadangkan penyelesaian.


               Anda bekerja sebagai broker penjualan aset tetap seperti rumah dan tanah. Kebelakangan ini anda mendapati
               adalah sukar untuk ‘mendapat perniagaan’ walaupun harga aset dalam pasaran sudah pun turun.


            Mengapakah ini berlaku?

            Negara mengalami deflasi.
            Harga produk dalam pasaran telah turun secara berterusan.

            Pembeli masih enggan membeli aset.
            Pembeli meramalkan harga akan turun lagi.
            Pembeli menangguhkan pembelian untuk membeli pada harga yang lebih rendah lagi.

            Keadaan ekonomi yang meleset menyebabkan pembeli tiada kuasa beli yang tinggi.





                 Tahap Penguasaan                                       Tafsiran

                                       Menghubungkaitkan persekitaran perniagaan dengan peranan kerajaan untuk
                         5
                                       menangani isu semasa perniagaan.


               Anda mengambil alih perniagaan perabot rotan ayah anda. Anda bangga dengan warisan turun-temurun yang
               diusahakan oleh ayah anda, dan telah mempunyai rancangan yang lebih besar untuk perniagaan ini. Rancangan
               anda ialah untuk mengeksport perabot ini ke pasaran antarabangsa. Tambahan pula, anda hendak memastikan
               pembeli dan bakal pembeli anda yakin dengan jaminan kualiti produk rotan tersebut.


            Kemukakan cadangan ini kepada ayah anda dan syorkan agensi kerajaan yang dapat membantu anda mengembangkan
            perniagaan ayah anda ini.

            SIRIM [Standard and Industrial Research Institute of Malaysia] atau Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian
            Malaysia:
            –  Membantu memastikan perabot menepati piawaian yang ditetapkan dan bermutu tinggi.

            –  Menjalankan kajian untuk memastikan tiada penyelewengan dari segi kualiti perabot.
            –  Menjalankan aktiviti penyelidikan dan menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pembangunan dan

               perubahan dalam teknologi.

                                                               62




       Modul A+ Pnigaan Tg4 B2 5th.indd   62                                                                   4/13/2022   9:08:22 AM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22