Page 15 - Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 4
P. 15

(b)  Huraikan bantuan yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai keadaan pada FASA 2.

                      Menurunkan kadar faedah supaya rakyat dapat meningkatkan pembelian.
                      Menurunkan kadar cukai untuk menambahkan kuasa beli penduduk.

                      Melaksanakan dasar fiskal untuk meningkatkan permintaan
                      Keadaan ini akan meningkatkan harga barang dan merancakkan ekonomi negara.
                                                                                    [mana-mana dua isi yang dihuraikan]
                                                                                                            (4 markah)  BAB 2



                   (c)  Sekiranya anda seorang peniaga dalam FASA 2, apakah rancangan anda untuk terus mengembangkan
                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                      perniagaan anda?    KBAT  Menganalisis
                      Menambahkan pengeluaran.
                      Mengupah lebih ramai pekerja untuk mempercepatkan proses pengeluaran.

                      Menambahkan promosi untuk mengembangkan perniagaan.
                      Mengorak langkah untuk mengharungi pasaran antarabangsa.

                      Membuat pelaburan di dalam dan luar negara untuk meningkatkan keuntungan.
                                                                                                 [setiap isi satu markah]
                                                                                                            (5 markah)


                                                       Bahagian C (Kajian Kes)

               Berdasarkan kes di bawah, jawab soalan-soalan yang berikut.

                 Brendan Kitinggen, seorang penduduk asli Sarawak bekerja sebagai pengurus di sebuah restoran yang terkenal di
                 Pulau Pinang. Semasa wabak Covid-19 melanda dunia pada tahun 2020, restoran tersebut terpaksa ditutup kerana
                 pemilik tidak dapat menampung kos pengendalian restorannya. Brendan menjadi penganggur.
                      Dengan berbekalkan pengalaman yang ada serta dengan sokongan keluarganya, Brendan telah membuka
                 perniagaan sendiri. Brendan masih mengusahakan perniagaan gerai makanan, tetapi menawarkan perkhidmatan
                 penghantaran ke rumah pelanggan. Brendan gigih mencari bantuan untuk meningkatkan pengetahuan bagi
                 memajukan usahanya.
                      Brendan mengharapkan kerajaan dapat membantu dalam menggerakkan ekonomi negara agar kitaran
                 perniagaan akan pulih seperti sedia kala. Ini akan membantu perkembangan dalam perniagannya dan juga
                 keadaan masyarakat.  Brendan juga mengharapkan bantuan daripada agensi kerajaan untuk membolehkannya
                 mengusahakan perniagaannya dengan lebih lancar lagi.
                      Kerajaan berusaha membantu rakyat dalam pelbagai cara. Antaranya, termasuk bantuan kewangan kepada
                 peniaga kecil. Penurunan kadar cukai dalam pelbagai jenis kenderaan juga telah dilancarkan untuk mencergaskan
                 kembali ekonomi. Kerajaan juga bertindak membuat penangguhan dalam pembayaran bil dan ansuran bank.


                 1  (a)  Apakah jenis pengangguran yang berlaku kepada Brendan?
                      Pengangguran kitaran
                                                                                                            (1 markah)
                   (b)  Jelaskan sebab berlakunya jenis pengangguran dalam soalan1(a).

                      Berlakunya wabak Covid-19.
                      Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan aktiviti perniagaan tidak dapat dijalankan.

                      Kemelesetan ekonomi.
                      Pendapatan dan keuntungan dalam perniagaan merosot.
                      Peniaga tidak mampu mengupah Brendan kerana tiada keuntungan dalam perniagaan.



                                                                                                            (4 markah)

                                                                 59




       Modul A+ Pnigaan Tg4 B2 5th.indd   59                                                                   4/13/2022   9:08:22 AM
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20