Page 14 - Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 4
P. 14
(b) Berikan dua perbezaan antara gaya pengurusan laissez faire dan gaya pengurusan autokratik.
Ciri Gaya Pengurusan Laissez Faire Gaya Pengurusan Autokratik
Majikan Majikan memberi kebebasan kepada pekerja Majikan tegas, berkuasa penuh dan tiada
dan bertolak ansur. tolak ansur.
Pekerja Sukar dikawal. Dapat dikawal sepenuhnya.
Emosi Pekerja amat berpuas hati dan mengambil Pekerja tidak berpuas hati dan tidak setia.
pekerja kesempatan. BAB 2
Kesan Organisasi gagal mencapai matlamat. Organisasi dapat mencapai matlamat.
[mana-mana dua perbezaan]
(4 markah)
Bahagian B
Jawab semua soalan.
1. (a) Adakah peranan kerajaan penting untuk kemajuan dan perkembangan perniagaan di sesebuah negara?
Jelaskan.
Ya. Aspek perundangan:
– Hanya kerajaan sahaja yang mampu menetapkan perubahan ini melalui penggubahan undang-undang
yang berkaitan perniagaan melalui Parlimen Malaysia.
– Pelbagai akta digubal untuk membantu kelancaran perniagaan.
– Contohnya, akta berkaitan penubuhan perniagaan, akta untuk menjaga keselamatan dan persekitaran dan
lain-lain.
Perlindungan pengguna:
©PAN ASIA PUBLICATIONS
– Hanya kerajaan dapat memastikan penjual tidak menindas pengguna dalam mencari keuntungan.
– Akta berkaitan pengelolaan perniagaan seperti Akta Sewa Beli dan Akta Kawalan Harga dan lain-lain
dimaktubkan untuk melindungi pengguna dalam masyarakat.
Pelepasan cukai:
– Bantuan ini hanya dapat diberikan oleh kerajaan untuk memastikan kemajuan dan perkembangan sektor
perniagaan dalam negara.
– Pelbagai pelepasan cukai diberikan untuk membantu peniaga dan usahawan mengembang dan
memajukan perniagaan.
– Contohnya, taraf perintis, elaun cukai pelaburan dan lain-lain.
Kewangan:
– Ini merujuk pada sumber pembiayaan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti ekonomi.
– Kerajaan bertindak seperti ‘ibu’ atau ‘ayah’ dalam memberikan bantuan ini untuk menggerakkan ekonomi
dalam keadaan meleset.
– Contohnya, bantuan kewangan yang diberikan kepada kumpulan peniaga dan orang ramai semasa
pandemik Covid-19 untuk menggerakkan ekonomi.
– Kerajaan juga membantu dengan menubuhkan agensi yang memberikan bantuan kepada peniaga.
Antaranya termasuk MARA, TEKUN dan PUNB.
[setiap isi diberi 2 markah; mana-mana 3 isi diterima]
(7 markah)
57
Modul A+ Pnigaan Tg4 B2 5th.indd 57 4/13/2022 9:08:21 AM

