Page 16 - Modul A+1 Ekonomi Tingkatan 4
P. 16
meminimumkan kos pengeluaran untuk mengeluarkan barang ekonomi supaya
keuntungan maksimum tercapai. Kerajaan pula akan memilih teknik
pengeluaran yang paling cekap bagi pengeluaran barang awam untuk memaksimumkan BAB 1
kebajikan masyarakat.
(e) Masalah asas ekonomi yang terakhir ialah untuk siapa dikeluarkan. Bagi barang ekonomi,
pengeluar akan menyelesaikan masalah ini melalui corak agihan pendapatan wang atau
golongan yang mempunyai kuasa beli yang tinggi. Kerajaan akan campur tangan
dalam agihan barang melalui peraturan dan undang-undang supaya golongan yang
©PAN ASIA PUBLICATIONS
berpendapatan rendah memperoleh barang keperluan. Bagi barang awam, kerajaan akan mengagihkannya
kepada semua golongan masyarakat untuk menjaga kebajikan mereka.
15. Bezakan antara sistem ekonomi di Brunei dengan sistem ekonomi di Cuba dari aspek yang berikut. TP 5
KBAT Menganalisis
Aspek Brunei Cuba
(a) Pemilikan faktor Hak milik mutlak Allah S.W.T dan Dimiliki oleh kerajaan atau badan
pengeluaran manusia sebagai pemegang amanah. perancangan pusat yang dilantik.
(b) Matlamat pengeluaran Mencapai kebahagiaan di dunia Pengeluaran bermatlamat untuk
dan akhirat. Kebajikan masyarakat memaksimumkan kebajikan
diutamakan. masyarakat.
(c) Penentu kehendak Pengguna bebas memilih barang dan Segala keputusan dibuat oleh kerajaan
perkhidmatan yang halal. Pengeluar atau badan perancangan pusat.
bebas mengeluarkan barangan.
Kebebasan dikawal oleh undang-
undang dan peraturan.
16. Isikan ruangan kosong di bawah bagi menunjukkan perbezaan penyelesaian masalah asas ekonomi antara sistem
ekonomi perancangan pusat dengan sistem ekonomi campuran. TP 4 KBAT Menganalisis
Sistem Ekonomi
Masalah Asas Ekonomi Sistem Ekonomi Campuran
Perancangan Pusat
(a) Apa yang hendak Diselesaikan melalui badan Diselesaikan melalui kuasa pasaran.
dikeluarkan perancangan pusat atau kerajaan.
(b) Berapa yang hendak Ditentukan oleh kerajaan melalui Ditentukan melalui mekanisma
dikeluarkan bancian. pasaran.
(c) Bagaimana hendak Diselesaikan oleh kerajaan melalui Teknik pengeluaran yang
dikeluarkan pemilihan teknik paling cekap. menguntungkan akan dipilih.
(d) Untuk siapa dikeluarkan Barang diagih secara adil kepada Diselesaikan melalui corak agihan
setiap individu dalam masyarakat. pendapatan wang.
17
Modul A+ Ekonomi Tg4 (21) B1 4th.indd 17 10/12/2021 10:01:14 PM

