Page 18 - Modul A+1 Ekonomi Tingkatan 4
P. 18
Kertas 2
BAB 1 Jawab soalan berikut. Bahagian A
1. (a) Jelaskan konsep kekurangan sebagai masalah ekonomi yang dihadapi oleh unit-unit ekonomi.
– Kekurangan wujud kerana sumber ekonomi untuk mengeluarkan barangan terhad manakala kehendak
tidak terhad.
– Penawaran firma terhad berbanding permintaan kerana faktor yang terhad.
– Isi rumah tidak dapat memiliki semua barangan kerana pendapatan yang terhad.
– Kerajaan juga mengalami kekurangan hasil atau peruntukan bagi menjalankan projek pembangunan
untuk rakyat.
[4 markah]
(b) Kerajaan dalam sistem ekonomi campuran harus menentukan untuk siapa barangan dikeluarkan. Jelaskan.
– Merujuk kepada penentuan agihan barangan kepada masyarakat.
– Barangan awam diagihkan kepada semua individu untuk menjaga kebajikan rakyat.
– Pengguna tidak mempunyai kuasa dalam menentukan corak agihan barangan awam.
– Kerajaan juga akan campur tangan melalui sistem percukaian dan subsidi supaya semua golongan
masyarakat mendapat barang keperluan yang mencukupi.
– Kerajaan akan mengawal tingkat harga barangan dalam pasaran supaya semua individu dapat menikmati
barang keperluan.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
[5 markah]
(c) Di Cuba, peranan kerajaan dalam sistem ekonomi membolehkan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih baik.
Jelaskan. KBAT Menganalisis
– Cuba mengamalkan sistem ekonomi perancangan pusat.
– Kerajaan berkuasa penuh dalam menjalankan kegiatan ekonomi.
– Agihan pendapatan seimbang.
– Jurang pendapatan menjadi kecil.
– Kerajaan mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh masyarakat.
– Kebajikan masyarakat diutamakan.
– Peruntukan sumber ke arah kebajikan masyarakat.
[6 markah]
20
Modul A+ Ekonomi Tg4 (21) B1 4th.indd 20 10/12/2021 10:01:14 PM

