Page 19 - Modul A+1 Ekonomi Tingkatan 4
P. 19

(d)  Jelaskan kesan daripada masalah kekurangan wang yang dihadapi oleh isi rumah.   KBAT  Menganalisis
                       –  Kekurangan wang merupakan masalah ekonomi yang perlu diselesaikan oleh isi rumah.
                       –  Isi rumah perlu membuat pilihan.                                                              BAB 1
                       –  Pilihan bertujuan untuk mencapai kepuasan maksimum.
                       –  Wujud kos lepas daripada pilihan yang dibuat.

                       –  Kos lepas merujuk kepada kepuasan daripada barangan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk
                         mendapatkan barangan terbaik.







                                                                                                           [5 markah]

                                                             Bahagian B

               Jawab soalan berikut.

                 1.  Maklumat di bawah berkaitan dengan sumber ekonomi.



                     Umar merupakan graduan cemerlang dalam jurusan pengajian asas tani. Ayahnya adalah seorang usahawan
                     tani, berhasrat supaya Umar meneruskan kerjayanya dalam bidang pertanian moden. Pada masa yang sama,
                     Umar telah mendapat tawaran kerja sebagai pegawai pertanian di agensi kerajaan.


                   (a)  Ayah Umar merupakan salah satu contoh sumber ekonomi. Jelaskan konsep sumber ekonomi tersebut.

                       –  Merujuk kepada usahawan.
                       –  Merupakan individu yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan barangan.
                       –  Ganjaran kepada usahawan ialah untung.
                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                       –  Usahawan sanggup menanggung risiko dalam pengeluaran.
                       –  Usahawan merupakan seorang individu yang kreatif, inovatif, rajin dan tidak mudah berputus asa.





                                                                                                           [5 markah]

                   (b)  Jelaskan masalah ekonomi yang dihadapi oleh usahawan tani.  KBAT  Menganalisis
                       –  Mengalami kekurangan sumber ekonomi berbanding keluaran yang ingin dihasilkan.
                       –  Pilihan perlu dibuat.

                       –  Pilihan bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos pengeluaran.
                       –  Wujud kos lepas apabila pilihan dibuat.
                       –  Kos lepas ialah keluaran kedua terbaik yang dilepaskan akibat pemilihan keluaran terbaik.
                       –  Contohnya – sumber tanah yang terhad menyebabkan usahawan tani perlu membuat pilihan projek

                         tanaman yang ingin dijalankan.
                       –  Jika usahawan tani memilih untuk menghasilkan tanaman getah, maka tanaman lain perlu dilepaskan.









                                                                                                           [6 markah]

                                                                 21




       Modul A+ Ekonomi Tg4 (21) B1 4th.indd   21                                                             10/12/2021   10:01:14 PM
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23