Page 20 - Modul A+1 Ekonomi Tingkatan 4
P. 20
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Bab 1 Pengenalan Kepada Ekonomi
1.1 Konsep Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas
TP Tafsiran
1 Menyatakan maksud kekurangan, pilihan dan kos lepas.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
2 Menerangkan konsep kekurangan berasaskan faktor pengeluaran terhad.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dari sudut ekonomi? TP 1
Keinginan manusia terhadap sesuatu barang yang tidak dapat dipenuhi oleh sumber ekonomi yang terhad.
2. Mengapakah seseorang perlu membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah ekonomi? TP 1
Pilihan wujud kerana masalah kekurangan yang dihadapi oleh unit-unit ekonomi.
3. Apakah kesan yang wujud daripada pilihan yang dibuat oleh seseorang? Berikan maksud konsep tersebut. TP 1
Wujud kos lepas iaitu pilihan kedua terbaik yang perlu dilepaskan akibat masalah kekurangan dan pilihan terbaik
yang telah dibuat.
4. Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Yusuf. TP 2
Dengan bermodalkan sebanyak RM5 000, Encik Yusuf bercadang ingin memulakan perniagaan cencaluk dan sambal bilis
di kampungnya. Perniagaan cencaluk memerlukan sebanyak RM4 500 untuk membolehkannya beroperasi pada peringkat
awal. Perniagaan sambal bilis pula sekurang-kurangnya memerlukan RM3 000 untuk membolehkannya beroperasi. Anak
buah Encik Yusuf, iaitu Amin sanggup bekerja dengan Encik Yusuf dengan gaji yang rendah untuk mencari pengalaman.
(a) Berdasarkan maklumat di atas, kenal pasti faktor pengeluaran yang terlibat.
Modal, buruh dan usahawan.
(b) Terangkan masalah kekurangan yang dihadapi oleh Encik Yusuf.
Encik Yusuf menghadapi masalah kekurangan modal. Modal sebanyak RM5 000 hanya boleh digunakan
untuk menjalankan satu perniagaan sahaja sama ada perniagaan cencaluk atau sambal bilis.
TP Tafsiran
3 Menjelaskan konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas dari sudut individu, firma dan kerajaan berdasarkan contoh.
4 Mengaplikasikan konsep kos lepas dengan menganalisis satu situasi dan membuat keputusan.
1. Anda merupakan seorang pelajar di sebuah kolej dan telah menyewa sebuah rumah bersama rakan-rakan anda
berhampiran kolej. Apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh anda dan penyewa yang lain di rumah tersebut?
TP 3
Masalah kekurangan pendapatan kerana tidak mampu membeli semua barang yang diperlukan dalam rumah
tersebut pada suatu masa yang sama. Pilihan perlu dibuat supaya barangan terbaik yang dipilih dapat memberi
kepuasan kepada semua penyewa. Contohnya, keputusan untuk membeli mesin basuh dan peti ais dengan Lembaran PBD
pendapatan yang terhad. Jika peti ais lebih memberi kepuasan kepada semua, maka mesin basuh menjadi kos
lepas iaitu barangan kedua terbaik yang perlu dilepaskan.
MG-1
Modul A+ Ekonomi Tg4 (21) Soa PBD 3rd.indd 1 10/12/2021 10:17:06 PM

