Page 22 - Modul A+1 Ekonomi Tingkatan 4
P. 22

perumahan atau projek pembangunan  dan bantuan bersasar .

                   –  Pilihan kerajaan mewujudkan kos lepas iaitu projek kedua terbaik yang perlu dilepaskan.
                   –  Jika kerajaan memilih projek perumahan kos rendah, kos lepasnya ialah projek pembangunan  dan bantuan
                     bersasar.
                   –  Pemilihan projek perumahan kos rendah memberikan kesan positif seperti berikut:

                     •  Lebih ramai rakyat dapat memiliki kediaman sendiri.
                     •  Menikmati kos pinjaman perumahan yang lebih rendah.
                     •  Menikmati harga yang lebih rendah kerana menerima insentif daripada kerajaan.
                     •  Dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat.
                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                     •  Kemudahan infrastruktur yang lebih baik.
                     •  Membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
                     •  Contohnya, pekerja binaan, pengurus projek dan peniaga.
                   –  Pemilihan projek perumahan juga mendatangkan kesan negatif iaitu:

                     •  Wujud persaingan dengan pihak swasta untuk membina rumah kos rendah.
                     •  Inisiatif yang diberikan oleh kerajaan menyebabkan rakyat cenderung bergantung  sepenuhnya kepada
                       kerajaan tanpa berusaha gigih.


               1.2  Sistem Ekonomi dan Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi

                 TP                                               Tafsiran

                 1   Menyatakan empat masalah asas ekonomi.

                 2   Menerangkan maksud ringkas sistem ekonomi pasaran bebas, sistem ekonomi perancangan pusat dan sistem ekonomi campuran.

                 1.  Nyatakan empat masalah asas ekonomi.  TP 1
                   (a)  Apa yang hendak dikeluarkan
                   (b)  Bagaimana hendak dikeluarkan

                   (c)  Untuk siapa hendak dikeluarkan
                   (d)  Berapa yang hendak dikeluarkan

                 2.  Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah negara yang mengamalkan suatu sistem ekonomi.  TP 2

                      Di negara ini, pilihan individu terhad kerana semua keputusan ekonomi  dibuat oleh kerajaan


                   Terangkan konsep sistem ekonomi tersebut.
                   –  Merujuk kepada sistem ekonomi perancangan pusat.

                   –  Kerajaan berkuasa penuh dalam segala aktiviti ekonomi.
                   –  Faktor pengeluaran dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.
                   –  Individu tiada kebebasan memilih barangan kerana penentuan barangan dibuat oleh   kerajaan.
                   –  Keusahawan individu terhad dan tidak berkembang.



                 TP                                               Tafsiran                                              Lembaran PBD
                     Menerangkan ciri-ciri utama sistem ekonomi pasaran bebas, sistem ekonomi perancangan pusat, sistem ekonomi campuran dan ekonomi
                 3
                     Islam dan mengenal pasti contoh negara yang mirip kepada sistem berkenaan.
                     Membezakan cara masalah asas ekonomi diuruskan oleh negara-negara yang mirip kepada sistem ekonomi perancangan pusat, sistem
                 4
                     ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi campuran.


                                                                MG-3




       Modul A+ Ekonomi Tg4 (21) Soa PBD 3rd.indd   3                                                         10/12/2021   10:17:06 PM
   17   18   19   20   21   22   23