Page 22 - NOTA SPM KERTAS 1
P. 22

MODUL MUDAH PI  K1 2020



               TAJUK : HUTANG

               1      SOALAN          Apakah  maksud hutang
                      JAWAPAN         Maksud hutang ialah
                                      Memberikan sesuatu barang atau manafaatnya kepada seseorang,
                                      barang atau manafaat  itu perlu dikembalikan dengan syarat orang
                                      yang berhutang itu akan membayar atau mengembalikan barang
                                      tersebut dengan jumlah yang sama

               2      SOALAN          Nyatakan dua rukun hutang
                      JAWAPAN         Dua rukun hutang ialah
                                         1.  Penerima dan Pemberi hutang
                                         2.  Barang dihutangkan hendaklah milik penuh pemberi hutang.
                                         3.  Sighah iaitu akad pemberian hutang, hutang tidak
                                              memerlukan lafaz penerima hutang.

               3      SOALAN          Jelaskan dua hikmah diharuskan berhutang
                      JAWAPAN         Dua hikmah diharuskan berhutang
                                         1.  Membantu golongan yang susYah
                                         2.  Mengelak penindasan ke atas orang miskin
                                         3.  Mengelak dari sifat malas.
                                         4.  Menjaga kepentingan ke dua belah pihak

               TAJUK: INSURANS (AL TAKAFUL)

               1      SOALAN          Apakah maksud takaful
                      JAWAPAN         Maksud takaful ialah
                                      Insurans ialah satu faedah, iaitu apabila satu kumpulan berikrar
                                      untuk mengumpul dan mengembling usaha serta sumber,bagi
                                      mengadakan pakatan untuk saling bekerja sama dan tolong-
                                      menolong apabila ditimpa musibah.

               2      SOALAN          Nyatakan dua jenis insurans
                      JAWAPAN         Dua jenis insurans ialah
                                         1.  Insurans nyawa.
                                             Memberi perlindungan risiko keatas kematian dan hilang upaya.
                                         2.  Insurans am.
                                             Memberi perlindungan kepada mereka yang menghadapi kerugian
                                             pendapatan atau harta

               3      SOALAN          Jelaskan dua prinsip insurans
                      JAWAPAN         Dua prinsip insurans ialah
                                         1.  Pemegang polisi bekerjasama antara satu sama lain bagi
                                             mendapatkan manfaat bersama.
                                         2.  Tiada unsur ketidakpastian ( gharar ) pada bayaran
                                             sumbangan dan manafaat.
                                         3.  Bertujuan memberi keuntungan yang saksama sesama ahli.



               22 | J U   P E N D I D I K A N   I S L A M   P E R A K
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27