Page 19 - NOTA SPM KERTAS 1
P. 19

MODUL MUDAH PI  K1 2020



               TAJUK : JUAL BELI

               1      SOALAN          Apakah maksud  jual beli :
                      JAWAPAN         Maksud  jual beli ialah
                                      Menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu

               2      SOALAN          Nyatakan dua  rukun jual beli
                      JAWAPAN         Dua rukun jual beli ialah
                                         1.  Penjual dan pembeli
                                         2.  Barang
                                         3.  Harga
                                         4.  Ijab dan Kabul

               3      SOALAN          Jelaskan dua syarat barang  jual beli
                      JAWAPAN         Dua syarat barang  jual beli ialah
                                         1.  Bersih dan suci tidak sah menjual najis seperti bangkai
                                         2.  Berfaedah tidak sah menjual sebiji padi
                                         3.  Kepunyaan penjual atau wakilnya

               4      SOALAN          Jelaskan dua syarat bagi ijab dan kabul jual beli
                      JAWAPAN         Dua syarat bagi ijab dan kabul jual beli ialah
                                         1.  Tidak diselangi dengan perkataan yang lain
                                         2.  Bersamaan ijab dan kabul walaupun berlainan lafaz.
                                         3.  Tidak boleh ditaklikkan

               5      SOALAN          Jelaskan dua  contoh Jual beli dilarang dan tidak sah
                      JAWAPAN         Dua contoh jual beli dilarang dan tidak sah ialah
                                         1.  Haram memperdagangkan  barangan bagi tujuan maksiat atau
                                             mendatangkan keburukan seperti jual berhala, arak, salib
                                         2.  Tidak dimiliki dengan sempurna seperti  jual burung
                                             diudara, ikan di kolam
                                         3.  Jualan bersyarat.  Contoh “aku jual kalau  kau setuju nak
                                             kahwin dengan aku”

               6      SOALAN          Jelaskan dua contoh Jual beli yang dilarang tetapi sah
                      JAWAPAN         Dua contoh Jual beli yang dilarang tetapi sah ialah
                                         1.  Monopoli dalam jual beli iaitu membeli barang dengan
                                             maksud orang lain tidak dapat menjualnya
                                         2.  Berjualbeli barang yang halal digunakan untuk tujuan maksiat
                                         3.  Mengurangkan sukatan dan timbangan

               7      SOALAN          Jelaskan dua hikmah berjual beli
                      JAWAPAN         Dua hikmah berjual beli ialah
                                         1.  Menyenangkan manusia bertukar-tukar faedah harta dalam
                                             kehidupan.
                                         2.  Menghindarkan kejadian merampas dan menceroboh
                                             dalam usaha memiliki harta.
                                         3.  Menggalakkan orang ramai supaya hidup berperaturan ,
                                             bertimbang rasa , jujur dan  ikhlas.



               19 | J U   P E N D I D I K A N   I S L A M   P E R A K
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24