Page 26 - NOTA SPM KERTAS 1
P. 26

MODUL MUDAH PI  K1 2020




               2      SOALAN          Nyatakan dua tanggungjawab ibu bapa semasa mengandung.
                      JAWAPAN         Dua tanggungjawab ibu bapa semasa mengandung.
                                         1.  Ibu bapa sentiasa mendekatkan diri kepada Allah
                                         2.  Menunaikan kewajipan agama
                                         3.  Sentiasa menjaga akhlak
                                         4.  Sentiasa berdoa supaya dikurniakan anak yang soleh
                                         5.  Bapa bertanggungjawab menjaga keselamatan isteri dan
                                             kandungannya.

               3      SOALAN          Jelaskan dua kesan pengabaian melaksanakan tanggungjawab kepada
                                      anak-anak.
                      JAWAPAN         Dua kesan pengabaian melaksanakan tanggungjawab kepada anak-
                                      anak
                                          1.  Anak akan menderhaka / tidak menghormati ibu bapa
                                          2.  Anak akan mengabaikan ajaran Islam
                                          3.  Keluarga menjadi porak peranda

               4      SOALAN          Terangkan dua matlamat pendidikan rohani kepada anak-anak.
                      JAWAPAN         Dua matlamat pendidikan rohani kepada anak-anak:
                                          1.  Membentuk keperibadian anak dengan sifat-sifat yang
                                              positif / seperti berani, sabar, cekal dan tekun
                                          2.  Menjauhkan anak-anak daripada sifat-sifat negatif /
                                              seperti pemalu yang tidak bertempat, takut rendah diri,
                                              dengki dan pemarah.
                                          3.  Membentuk keperibadian anak-anak / agar mereka dapat
                                              menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna
                                              seperti berfikiran matang, bercita-cita tinggi dan berani.

               TAJUK : IBADAH (UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM)

               1      SOALAN          Apakah maksud Undang-Undang Keluarga Islam.
                      JAWAPAN         Maksud Undang-Undang Keluarga Islam ialah Undang-undang yang
                                      memperuntukkan hal berkaitan dengan perkahwinan, perceraian
                                      dan perkara yang berhubung dengan keduanya dalam kalangan orang
                                      Islam.

               2      SOALAN          Terangkan dua bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah di Malaysia
                      JAWAPAN         Dua bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah di Malaysia
                                          1.  Menjalankan perbicaraan bagi kesalahan yang boleh
                                              dihukum penjara tidak lebih 3 tahun
                                          2.  Denda tidak lebih RM 5000.00
                                          3.  Sebat 6 kali rotan







               26 | J U   P E N D I D I K A N   I S L A M   P E R A K
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31