Page 24 - NOTA SPM KERTAS 1
P. 24
MODUL MUDAH PI K1 2020
TAJUK : IBADAH (POLIGAMI)
1 SOALAN Apakah maksud poligami.
JAWAPAN Maksud poligami ialah lelaki yang beristeri lebih dari seorang
tetapi tidak melebihi empat pada satu masa.
2 SOALAN Jelaskan dua syarat poligami menurut syariat Islam.
JAWAPAN Dua syarat poligami menurut syariat Islam:
1. Tidak melebihi empat isteri
2. Boleh berlaku adil
3. Mampu dari segi jasmani dan kewangan
3 SOALAN Terangkan ciri adil dalam syarat poligami.
JAWAPAN Adil dari segi aspek lahiriah seperti makanan, tempat tinggal dan
giliran bermalam tetapi tidak dalam kasih sayang.
4 SOALAN Terangkan dua hikmah poligami.
JAWAPAN Dua hikmah poligami:
1. Menyambung zuriat/keturunan yang menjadi waris didunia
dan diakhirat
2. Membela anak yatim dan janda yang memerlukan kasih
sayang seorang bapa
3. Mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat kerana
melaksanakan tanggungjawab dengan adil
TAJUK: FASAKH
1 SOALAN Apakah maksud fasakh ?
JAWAPAN Fasakh ialah pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat - syarat
yang tidak dipenuhi semasa akad nikah atau disebabkan oleh masalah
yang berlaku dalam rumahtangga.
2
SOALAN Apakah hukum fasakh .
JAWAPAN Hukum fasakh ialah harus
3 SOALAN Terangkan dua hikmah fasakh dalam Islam.
JAWAPAN Dua hikmah fasakh dalam Islam ialah :
1. Memberi peluang kepada isteri / untuk membuat tuntutan
pembatalan perkahwinan
2. Mengelakkan daripada kemudharatan / yang akan ditanggung
oleh suami .
3. Menghindarkan suasana yang tidak baik / terhadap
4. Perkembangan fizikal, mental, dan emosi anak - anak.
24 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K

