Page 23 - NOTA SPM KERTAS 1
P. 23

MODUL MUDAH PI  K1 2020




               4      SOALAN          Jelaskan dua tujuan insurans
                      JAWAPAN         Dua tujuan insurans ialah
                                         1.  Membantu pihak yang ditimpa musibah yang memerlukan
                                             sejumlah manfaat keuntungan sebagai pampasan bagi
                                             meringankan kerugian atau penderitaan yang ditanggung.
                                         2.  Mendapat segala kemudahan perlindungan berupa manfaat
                                             pampasan atau ganti rugi jika ditakdirkan sesuatu musibah
                                             menimpa diri atau harta.
                                         3.  Pemilik kenderaan merasa terjamin dengan sumber
                                             kewangan yang dapat membiayai kosmembaiki kerosakan
                                             kenderaan.

               5      SOALAN          Nyatakan dua unsur negatif dalam insurans
                      JAWAPAN         Dua unsur negatif dalam insurans ialah
                                         1.  Gharar.
                                         2.  Judi.
                                         3.  Riba.

               TAJUK: SAHAM

               1      SOALAN          Apakah maksud saham
                      JAWAPAN         Maksud Saham ialah
                                      Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat
                                      pemilikan.

               2      SOALAN          Apakah maksud pemegang saham
                      JAWAPAN         Maksud pemegang saham ialah
                                      Pemilik bersama bagi sesuatu syarikat dilambangkan melalui sijil
                                      saham yang tercatat nama pemegang saham.

               3      SOALAN          Nyatakan dua sumber modal syarikat
                      JAWAPAN         Dua sumber modal syarikat  ialah
                                         1.  Pemegang saham
                                         2.  Pinjaman
                                         3.  Kadar tertentu daripada keuntungan syarikat

               4      SOALAN          Jelaskan pandangan Islam  terhadap pelaburan saham
                      JAWAPAN         Saham menurut pandangan Islam ialah
                                         1.  Bebas daripada unsur riba,
                                         2.  Tidak dilabur dalam industri perjudian atau melibatkan
                                             perkara yang diharam
                                         3.  Tidak mempunyai unsur spekulasi







               23 | J U   P E N D I D I K A N   I S L A M   P E R A K
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28