Page 3 - NOTA FULL PAI T5
P. 3
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN LIMA
NOTA ISTILAH TINGKATAN LIMA
BIL ISTILAH MAKSUD/ HURAIAN
Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang pada al-Quran dan
Ahli as-Sunnah
1 as-Sunnah menerusi para sahabat dan tabi’in serta tabi’ tabi’in dalam prinsip
Waljamaah
aqidah, syariat dan akhlak.
Waris yang menerima harta pusaka mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh
2 Ashabul Furudh
syarak.
Anak orang lain yang dipelihara seperti anggota keluarga sendiri tetapi tidak
3 Anak angkat
mempunyai hak seperti anak kandung yang ditetapkan oleh syarak.
Singkatan bagi Human Immunodeficiency Virus iaitu virus yang memusnahkan
4 AIDS
sistem pertahanan badan
5 Alam Sekitar Segala benda hidup dan bukan hidup yang terdapat di sekeliling manusia.
6 Akad Sighah, ijab dan qabul.
7 Adil Tidak melakukan dosa besar atau melakukan dosa kecil secara berterusan.
Waris yang menerima baki harta pusaka selepas dibahagikan kepada ASHABUL
8 ’Asobah
FURUDH.
Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Mengawasi semua
9 Ar-Raqib
perbuatan dan keadaan makhluk.
Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Menyaksikan
10 As-Syahid segala perbuatan dan Mendengar segala ucapan makhluk serta tiada sesuatu pun
yang tersembunyi daripadaNya.
Menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya
11 Al-Taqiyyah
dengan menampakkan sesuatu yang berbeza dengan hakikat sebenarnya.
12 Akta Rang undang-undang yang diluluskan oleh dewan rakyat.
Orang yang boleh dikahwini. Jika bersentuhan dengannya akan membatalkan
13 Ajnabi
wuduk seperti ipar, sepupu. / Bukan Mahram.
14 Ahlulbait Orang yang ada pertalian keluarga dengan baginda
15 Batin Dalaman, tersembunyi, jiwa
16 Bakhil Kedekut
Dalil bersumberkan akal. Boleh diguna pakai selagi tidak bercanggah dengan al-
17 Dalil Akli
Quran dan al-Hadis.
18 Dalil Naqli Dalil bersumberkan wahyu daripada al-Quran atau hadis.
Jumlah bayaran berdasarkan persetujuan bersama atau ditetapkan oleh
19 Diat
mahkamah. (Pampasan)
20 Enakmen Rang undang-undang yang diluluskan oleh dewan undangan negeri.
21 Eko-Pelancongan Pelancongan yang berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semulajadi.
Beberapa komuniti yang tinggal bersama-sama dalam satu habitat saling
22 Ekosistem
berinteraksi antara satu sama lain berserta dgn komponen bukan hidup.
Perkara yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang mukallaf seperti
solat lima waktu, mempelajari ilmu tauhid, Fiqah dan Akhlak sebagai asas untuk
23 Fardu Ain
menjalani kehidupan berlandaskan syariat. Jika tidak dilaksanakan, maka individu
tersebut akan berdosa.
Perkara yang wajib dilaksanakan oleh sebahagian umat Islam
Seperti mempelajari Sains, Ekonomi dan Kedoktoran untuk membina kekuatan dan
24 Fardu Kifayah
memelihara maslahat umat Islam.Sekiranya sebahagian melaksanakannya, maka
gugurlah kewajipan ke atas orang Islam yang lain.
25 Fiqh al-Aulawiyyat Mengutamakan perkara yang sepatutnya didahulukan berdasarkan prinsip syarak.
Pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia kepada anggota
26 Faraid
warisnya menurut hukum syarak.
27 Fasakh Pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim dengan sebab-sebab tertentu.
28 Fitrah Asal kejadian, keadaan yang suci.
Furu’ Perincian kepada pelaksanaan perkara pokok seperti hukum pelaksanaan solat
29
(Perkara Cabang) berjemaah.
USTAZAH WAN TEH SHARIFAH WAN LOLOK SMKSM Halaman 2

