Page 7 - NOTA FULL PAI T5
P. 7
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN LIMA
NOTA ISTILAH TINGKATAN LIMA
BIL ISTILAH MAKSUD/ HURAIAN
114 Sighah Akad atau ijab dan qabul.
Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali bin Abu Talib ra dilantik sebagai
115 Syiah khalifah selepas Rasulullah SAW dan berkeyakinan bahawa hanya Ahlulbait sahaja
yang lebih layak memegang jawatan khalifah.
Solat sunat khusus yang mengandungi bacaan tasbih sebanyak 300 kali pada
116 Solat Tasbih
keseluruhan solat.
117 Sunat Muakkad Sunat yang sangat dituntut melakukannya.
118 Talak Pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas @ kiasan.
Talak yang boleh dirujuk dalam tempoh idah tanpa akad nikah dan mahar yang
119 Talak Raj’ie
baharu.
120 Talak Bain Talak yang tidak boleh dirujuk kecuali dengan akad nikah dan mahar yang baharu.
Talak yang sesuai dengan peraturan syarak seperti ceraikan isteri dengan talak 1
121 Talah Sunni
atau 2
Talak yang menyalahi peraturan syarak seperti ceraikan isteri ketika sedang dalam
122 Talak Bid’ie
haid.
Hukuman kesiksaan yang tidak ditetapkan jenis dan bentuk dalam al-Quran dan as-
123 Takzir
Sunnah sebaliknya DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH.
Dari segi bahasa : Taat dan patuh.
124 Takwa Dari segi istilah : Mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai oleh
Allah.
125 Tawadhuk Sikap kerendahan hati kepada Allah SWT dan sesama manusia.
Berserah diri kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sunguh untuk mencapai
126 Tawakkal
apa yang dihajati.
127 Ujub Berasa bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri.
Usul
128 Perkara asas dalam Islam seperti keimanan kepada Allah SWT
(Perkara Pokok)
Memberhentikan bacaan di akhir kalimah untuk bernafas dengan tujuan
129 Wakaf
menyambung bacaan semula.
Wakaf pada ayat yang telah sempurna maknanya dan tidak mempunyai kaitan
130 Wakaf Tam
dengan ayat selepasnya dari sudut lafaz dan makna.
Wakaf pada ayat yang telah sempurna maknanya tetapi mempunyai kaitan
131 Wakaf Kafi
dengan ayat selepasnya dari sudut makna, bukan lafaz.
Wakaf pada ayat yang telah sempurna maknanya tetapi mempunyai kaitan
132 Wakaf Hasan
dengan ayat selepasnya dari sudut lafaz dan makna.
Wakaf pada ayat yang mengubah makna sebenar atau yang tidak sempurna
133 Wakaf Qabih makna kerana mempunyai kaitan dengan kalimah selepasnya dari sudut lafaz dan
makna.
Ikrar yang dibuat oleh seseorang semasa hidup untuk membahagikan harta selepas
134 Wasiat
kematiannya menurut hukum syarak.
135 Wali Orang yang mempunyai kelayakan untuk menikahkan pengantin perempuan.
Mereka yang diberi kuasa oleh pemerintah untuk mengahwinkan perempuan apabila tiada
136 Wali Hakim wali nasab.
Waii yang berhak mengahwinkan anak gadisnya tanpa persetujuannya dengan
137 Wali Mujbir
syarat sekufu.
138 Wali Bukan Mujbir Wali selain daripada bapa dan datuk.
139 Walimatul Urus Kenduri yang diadakan sempena perkahwinan.
Dari segi bahas : subur, suci, berkat dan berkembang.
140 Zakat Dari segi istilah : Mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu untuk diberikan
kepada golongan yang berhak menerimanya
Melakukakan persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antar lelaki dengan
141 Zina
perempuan.
USTAZAH WAN TEH SHARIFAH WAN LOLOK SMKSM Halaman 6

