Page 6 - NOTA FULL PAI T5
P. 6
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN LIMA
NOTA ISTILAH TINGKATAN LIMA
BIL ISTILAH MAKSUD/ HURAIAN
Melakukan serangan dengan menggunakan kekerasan untuk merampas harta,
84 Merompak
membunuh atau menakutkan orang awam secara terbuka.
85 Naungan Perlindungan daripada kepanasan cahaya matahari di padang Mahsyar.
86 Nasab Keturunan . Mahram Nasab ialah mahram dengan sebab keturunan.
87 Nusyuz Keengganan isteri mentaati perintah atau permintaan suami yang sah.
Melancap, perbuatan mengeluarkan air mani dengan tangan untuk mencapai
88 Onani
kepuasan seks.
89 Ordinan Rang undang-undang yang diluluskan sebelum merdeka.
Pasukan
90 Pasukan tentera baharu
Janissary
91 Persemendaan Haram dengan sebab perkahwinan seperti mentua dan menantu.
Akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dengan perempuan menurut
92 Perkahwinan
hukum syarak.
93 Pembunuhan Serangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa.
Orang yang bertanggungjawab memimpin sekumpulan manusia atau sesebuah
94 Pemimpin
organisasi atau negara. (ulul amri)
95 Poligami Amalan beristeri lebih daripada seorang pada satu masa.
96 Qabul Lafaz yang diucapkan oleh bakal suami atau wakilnya.
97 Qazaf Tuduhan zina atau penafian nasab terhadap orang yang baik akhlaknya.
Hukuman kesiksaan yang telah ditetapkan jenis dan bentuk hukumannya secara
98 Qisas
balasan yang sama dalam al-Quran dan as-Sunnah.
99 Qastantiniyyah Costantinople
Hak suami untuk menyambung kembali ikatan perkahwinan dengan isteri yang
100 Rujuk
diceraikannya dalam tempoh iddah.
101 Riyak Melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang lain.
102 Saksi Orang yang menyaksikan dan boleh mengsahkan akad nikah.
103 Suami Lelaki yang dikahwini oleh seseorang perempuan.
Persamaan taraf lelaki dan perempuan daripada pelbagai aspek seperti agama dan
104 Sekufu
kesolehan, pekerjaan, keturunan dan keilmuan.
Melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan yang diharamkan
105 Sumbang Mahram berkahwin kerana faktor keturunan, penyusuan dan persemendaan seperti
persetubuhan dengan bapa kandung.
Ilmu berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib yang
106 Sihir bertujuan untuk memudaratkan atau mengelirukan manusia seperti pukau, santau,
susuk.
Penyakit kelamin atau penyakit bawaan seks (STD) yang berjangkit dan disebarkan
menerusi hubungan seks, sama ada melalui vagina, dubur atau oral. Sifilis berlaku
107 Sifilis disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum. Ulser atau kudis sifilis berlaku,
terutamanya pada kawasan alat kelamin, faraj, dubur, di dalam rektum, bibir dan di
dalam mulut.
Melakukan persetubuhan haram dengan cara yang bertentangan dengan tabiat
108 Seks Luar Tabi’i
semulajadi manusia seperti liwat.
109 Syariat Hukum agama, peraturan agama
110 Syirik Menyekutukan Allah dengan sesuatu sama ada pada zat, sifat dan perbuatan.
Amalan syirik secara terang terangan seperti menyembah berhala, mengaku nabi
111 Syirik Jali
Isa anak tuhan.
Tidak meletakkan Allah sebagai sesuatu yang mutlak dalam niat, terutama dalam
112 Syirik Khafi
ibadat seperti riyak, ujub dan takbur.
Solat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam menentukan
113 Solat Istikharah
pilihan bagi sesuatu perkara.
USTAZAH WAN TEH SHARIFAH WAN LOLOK SMKSM Halaman 5

