Page 5 - NOTA FULL PAI T5
P. 5
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN LIMA
NOTA ISTILAH TINGKATAN LIMA
BIL ISTILAH MAKSUD/ HURAIAN
Pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri dengan persetujuan membayar
58 Khuluk
ganti rugi kepada suami.
Kumpulan pengikut Saidina Ali bin Abu Talib ra yang berpaling tadah kerana tidak
59 Khawarij
berpuas hati dengan keputusan Majlis Tahkim.
60 Kitar Semula Proses menukar bahan buangan menjadi bahan dan objek baru.
Sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian,
61 Komitmen
menunjukkan sokongan sepenuhnya terhadap sesuatu, iltizam.
Tidak percaya kepada Allah SWT dan mengingkari ajaran yang dibawa oleh Nabi
61 Kufur
Muhammad SAW.
63 Lestari Tidak berubah, kekal, tetap.
Lafaz SUMPAH SUAMI apabila MENUDUH ISTERINYA BERZINA tanpa ada
64 Li’an
empat orang saksi atau MENAFIKAN NASAB.
65 Liwat Hubungan sejenis lelaki dengan lelaki.
Majlis perbincangan antara dua pihak yang berbalah atau salah faham iaitu
Muawiyah bin Abu Sufian dan Saidina Ali bin Abu Talib. Kedua-duanya bersetuju
66 Majlis Tahkim
untuk melantik wakil masing-masing berbincang dan mereka akan bersetuju
dengan keputusan mereka.
Berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang
67 Mujahadah
diredhai Allah.
Orang yang haram dikahwini. Jika bersentuhan dengannya tidak akan
68 Mahram
membatalkan wuduk.
69 Muhsan Telah berkahwin.
70 Mazmumah Mazmumah ialah sifat dan tingkah laku keji yang berlawanan dengan syarak.
Sifat dan tingkah laku terpuji yang terdapat pada diri seseorang yang bertepatan
71 Mahmudah
dengan nilai dan perakuan syarak.
72 Merisik Proses sebelum meminang untuk mengenal pasti status bakal isteri.
73 Musahaqah Hubungan sejenis perempuan dengan perempuan (Lesbian)
Kumpulan yang diasaskan oleh WASIL BIN ATA’ setelah berlaku perbezaan pendapat
74 Muktazilah
antara beliau dengan guru beliau Hasan al-Basri tentang kedudukan pelaku dosa besar.
Perkara luar biasa yang diberikan oleh Allah kepada para nabi dan rasul sebagai
75 Mukjizat
bukti kenabian dan kerasulan mereka.
Menebang dan menanam semula pokok-pokok tertentu dan menjaganya dengan
76 Memulihara
rapi, membuat sesuatu supaya tidak pupus.
Lamaran seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan calon isteri
77 Meminang
menurut uruf setempat.
78 Mimbar Tempat untuk khatib menyampaikan khutbah.
Pemberian yang bernilai atau berfaedah WAJIB diberikan oleh SUAMI KEPADA
79 Mahar
ISTERINYA dengan sebab AKAD NIKAH.
• Mendengar semula kes rayuan.
Mahkamah
80 • Berkuasa membatalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah
Rayuan
dan Mahkamah Rendah Syariah.
• Bagaimana seseorang insan itu berpotensi melalui akal, hati dan jasmani yang
menjadi sumber kekuatan mengurus diri dan mengurus sistem.
• Seseorang yang mempunyai modal insan bererti memiliki sahsiah yang
81 Modal insan terpuji, menghayati system kepercayaan berfalsafah dan berprinsip, berintegriti,
berwawasan, berperancangan rapi, berketerampilan diri dan berakhlak terpuji.
• Pembangunan modal insan pula dilihat dari seluruh aspek manusia meliputi
jasmani dan rohani.
Meminum sebarang bahan yang memabukkan sama ada dinamakan arak atau
82 Minum arak
tidak, banyak atau sedikit.
Mengambil harta orang lain secara tersembunyi (tanpa kerelaannya) dengan tujuan
83 Mencuri
memilikinya.
USTAZAH WAN TEH SHARIFAH WAN LOLOK SMKSM Halaman 4

