Page 47 - NOTA FULL PAI T5
P. 47
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN LIMA
FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN UTHMANIYYAH
• Pemerintah berperanan dengan berkesan sebagai KETUA
TENTERA, KETUA AGAMA dan HAKIM TERTINGGI.
• Pemerintah menyelaraskan pemerintahan dan keagamaan
PENTADBIRAN
dibantu oleh pegawai pentadbiran.
• Penguasaan laluan di antara benua Eropah dengan benua
Asia apabila menguasai Selat Dardanelles dan Selat Bosporus.
• Menjadikan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu sehingga mencapai
kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan, pembangunan, falsafah,
KEILMUAN kesenian seni bina dan teknikal.
• Menaiktaraf dan membina institusi masjid seperti Masjid Kasbah di Algeria untuk
merancakkan aktiviti keagamaan.
• Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
SOSIAL • Mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.
• Sistem wakaf yang sistematik meliputi aspek keperluan asas, pendidikan dan
kesihatan.
• Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan tentera demi mempertahankan agama
dan negara.
KETENTERAAN
• Menjaga kebajikan tentera dengan menyelaras sistem kenaikan pangkat, imbuhan
dan kelengkapan senjata.
FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN UTHMANIYYAH
1. Teknologi ketenteraan yang ketinggalan berbanding dengan kuasa barat sehingga kalah dalam peperangan.
2. Kemerosotan ekonomi dan beban hutang negara yang tinggi.
3. Gerakan yang menuntut kemerdekaan daripada wilayah-wilayah menyebabkan negara tidak stabil.
4. Kelemahan sistem pendidikan menyebabkan kekurangan tenaga mahir untuk membangunkan negara.
5. Persaingan politik dalaman istana dan perebutan dalam kalangan putera-putera raja untuk mendapatkan
takhta.
IKTIBAR DARIPADA PEMERINTAHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH
Sebagai umat Islam
1. Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa supaya urusan pentadbiran berjalan lancar.
2. Kita hendaklah sentiasa memperbanyak penerokaan ilmu agar mampu bersaing di peringkat
antarabangsa.
3. Kita hendaklah sentiasa menghayati semangat cinta akan negara agar rela berkorban
mempertahankannya daripada serangan musuh.
4. Kita hendaklah sentiasa berpegang pada ajaran Islam supaya hidup diberkati Allah SWT.
5. Kita hendaklah menolak campur tangan asing untuk menjaga kedaulatan negara.
SOALAN KBAT
Muhammad al-Fatih telah berjaya membuka mata dunia mengenai peranan pemuda dalam bidang
pemerintahan negara.
Cadangkan persiapan anda untuk memberikan sumbangan kepada negara seperti tokoh tersebut.
USTAZAH WAN TEH SHARIFAH WAN LOLOK SMKSM Halaman 46

