Page 52 - NOTA FULL PAI T5
P. 52

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN LIMA




           CONTOH SIFAT ISTIQAMAH YANG DIAMALKAN OLEH RASULULLAH SAW

                                    Rasulullah SAW istiqamah beribadat kepada Allah SWT. Baginda tidak jemu
                                    memohon keampunan daripada Allah SWT walaupun Baginda seorang yang
                    CONTOH 1 :  maksum.
           ISTIQAMAH DALAM  Abu Hurairah radhiallahuanhu mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah
                         IBADAH     SAW bersabda : Demi Allah SWT, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat
                                    kepada Allah SWT lebih dari 70 kali setiap hari.
                                                                                                                                     (Riwayat al-Bukhari)

           SPEKTRUM ILMU
           Al-Imam al-Ghazali rahimahullah berkata : Antara tanda kecintaan seorang hamba kepada ALLAH SWT
           termasuklah apabila dia mengutamakan perkara yang disukai oleh Allah SWT melebihi keinginan nafsu dan
           kepentingan diri sama ada secara zahir atau batin.               (Ihya’ Ulumuddin)

                                    Rasulullah SAW tetap berdakwah menyebarkan agama Islam walaupun
                    CONTOH 2 :  menghadapi pelbagai kesusahan dan ancaman. Sifat istiqamah Rasulullah SAW
           ISTIQAMAH DALAM  dalam berdakwah terserlah melalui ketegasan baginda yang tidak akan
                  BERDAKWAH         meninggalkan usaha dakwah walaupun digantikan dengan kesenangan dunia.
                                                                            (Nurul Yakin Fi Sirah Sayyidil Mursalin)

           SPEKTRUM ILMU
           Antara wasiat al-Imam al-Syafie rahimahullah :
           Benteng iman itu terdapat dalam 5 perkara iaitu keyakinan, keikhlasan, melazimi ibadat sunat, istiqamah dalam
           beramal dan berdisiplin dalam beribadat.            (Ihya’ Ulumuddin)

           HIKMAH MENGAMALKAN SIFAT ISTIQAMAH DALAM KEHIDUPAN
           1.  Menzahirkan individu yang berakhlak mulia kerana melaksanakan kebaikan secara berterusan.
           2.  Membentuk insan yang teguh pendirian dalam mempertahankan kebenaran.
           3.  Memperkukuh jati diri dengan sifat sabar dan tidak berputus asa untuk berjaya.
           4.  Memupuk sikap sanggup berkorban harta dan nyawa demi mempertahankan Islam.
           5.  Membangunkan ekonomi kerana komitmen semua pihak untuk memajukan negara.
           6.  Melahirkan sifat kebersamaan dalam masyarakat kerana sentiasa menjaga kepentingan bersama.

           SOALAN KBAT
           Peribahasa Melayu ada menyatakan :
           Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

           Bincangkan peribahasa tersebut dalam konteks anda sebagai murid.

















          USTAZAH WAN TEH SHARIFAH WAN LOLOK SMKSM                                                    Halaman 51
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56