Page 51 - NOTA FULL PAI T5
P. 51

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN LIMA

           PELAJARAN 19 : ISTIQAMAH JALAN MENUJU MUJAHADAH

           MAKSUD ISTIQAMAH
           Ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan suruhan Allah SWT dan menjauhi laranganNya.

           DALIL NAQLI SIFAT ISTIQAMAH
           1.  Allah SWT berfirman dalam surah Hud ayat 112 :        ُ  ٓ َ
                                                                          ۡ َ ۡ
                                                                       َ
                                                                 َ ۡ
                                           (Muttafaqun alaih)         ....   ترِمأ امك     مِقتس  َ   ف ٱ
              Maksud : Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul
              sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu.....

           2.  Sufian bin Abdullah radhiallahuanhu meriwayatkan bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW :
                                                                 َ
                                                                        َ َ
                                ۡ َ ۡ  ه َ  ُ ۡ َ  ٓ ۡ ُ  َ َ  َ َ ۡ َ ً َ ُ ۡ َ  ُ  ۡ  َ  ً َ  َ  ۡ  ۡ  ۡ ُ ه  َ  ُ َ َ
                                                                               ۡ
                 (Riwaya t Muslim)      مِقتساف  للَّاب تنما لق  :  لاق    .      كدعب ادحأ هنع لأسأ لَ    لَوق ِملَسلۡا  ِ فِ لَ لق ِللَّا لوسر اي
                                      ِ
                                                                                      ِ
                                         ِ
                                                                                            ِ
              Wahai Rasulullah SAW, katakanlah kepadaku satu perkataan yang berkaitan tentang Islam yang aku tidak
              perlu bertanya kepada orang lain. Baginda berkata : Ucapkanlah : ‘Aku beriman dengan Allah SWT’,
              kemudian istiqamahlah kamu.

           SPEKTRUM ILMU
           Aisyah radhiallahuanha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
           Apakah amalan yang paling disukai oleh Allah SWT? Lalu Rasulullah SAW berkata : Amalan yang dikerjakan
           secara berterusan walaupun sedikit.      (Muttafaqun alaih)

           SPEKTRUM ILMU
                    ۡ َ ۡ  َ
           Maksud    مِقتساف  ialah keteguhan memelihara iman dalam melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan
           laranganNya.

           AMALAN
           Doa supaya sentiasa mengingati Allah dan mensyukuri nikmatnya  :
                                          َ َ َ    ۡ ُ َ َ  ۡ ُ َ َ  ۡ  َ َ     َ  ه ُ  ه
                                            كتدابِع    نسحو كركشو كركذ عَل نِعأ مهللا
                                           ِ
                                                                  ِ
                                                                        ِ
                                                         ِ
                                                                ِ
                                                 ِ
           Maksud : Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan memperelok ibadat kepadaMu.

           CARA MEMILIKI SIFAT ISTIQAMAH
           1.  Sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu agar berterusan mengamalkan sifat mahmudah.
           2.  Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah SWT agar dapat melaksanakan segala suruhan dan
              meninggalkan laranganNya secara berterusan.
           3.  Sentiasa membaca dan mengambil iktibar daripada kisah para rasul yang istiqamah melakukan kebaikan.
           4.  Sentiasa muhasabah diri agar ikhlas dan sabar dalam setiap tindakan.
           5.  Sentiasa mempelajari ilmu dengan istiqamah supaya menjadi amalan dalam kehidupan.
           6.  Sentiasa berkawan dengan rakan yang berdisiplin dalam melakukan kebaikan.

           SPEKTRUM ILMU
           Anas bin Malik radhiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :               َ
                                                                   َ
                                                         ۡ َ
                                                                        ۡ َ
                                                               َ ۡ َ
                                                                                                 َ ۡ َ
                                                                             َ ۡ َ ه َ
                                                                          َ
                                                                    َ ُ ُ
                                                                                      ۡ َ ُ َ
                                                                                               َ
                                        ُ ُ َ َ
                                                َ ۡ َ ه َ ُ ُ
                                                            ُ
                                           ِ
                     (Riwayat Ahmad)      ......   هناسل ميِقتسي تَّح هبلق ميِقتسي لَو هبلق ميِقتسي تَّح   دبع ناميِإ ميِقتسي لَ
           Maksud : Tidak istiqamah (tetap) iman seseorang hamba sehinggalah istiqamah hatinya dan tidak istiqamah hati
           seseorang hamba sehinggalah istiqamah lidahnya.

                                                     Sentiasa istiqamah                         Istiqamah
                                                     bersedekah kepada
                                                     golongan yang                              menuntut ilmu
                                                                                                dan berkongsi
                                                     memerlukan walau                           ilmu.
                                                     di mana berada.

          USTAZAH WAN TEH SHARIFAH WAN LOLOK SMKSM                                                    Halaman 50
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56