Page 50 - NOTA FULL PAI T5
P. 50
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN LIMA
PELAJARAN 18 : TAWADHUK MENZAHIRKAN KESUCIAN JIWA
MAKSUD TAWADHUK
Sikap kerendahan hati kepada Allah SWT dan sesama manusia.
DALIL NAQLI SIFAT TAWADHUK
1. Abu Hurairah radhiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
َ
َ
ُ ه ُ َ َ ه ه ٌ َ َ َ َ َ َ َ
ِ
(Riwayat Muslim) للَّا هعفر لَِإ ِللَّ دحأ عضاوت امو
Maksud : Dan tidaklah seseorang merendahkan diri kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan
mengangkat darjatnya.
2. Iyadh bin Hamar radhiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : َ
َ
َ
َ
َ
َ
َ َ َ َ ٌ َ ۡ َ َ َ َ َ َ َ ٌ َ ۡ َ َ َ ه َ َ ُ َ ۡ ه َ َ ۡ َ ه ه
(Riwayat Muslim) أ ح د عَل د أ ح غ ي ب أ ح د و لَ عَل د ر أ ح ي ف خ لَ تَّ ح او ع ضا و ت نأ لَِإ حَوأ للَّا نِإ
ِ
Maksud : sesungguhnya Allah SWT telah mewahyukan kepadaku agar bersifat tawadhuk. Janganlah
seseorang antara kamu bersikap sombong dan berbuat zalim kepada orang lain.
CONTOH SIFAT TAWADHUK
CONTOH 1 : TAWADHUK DALAM PERGAULAN
Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawadhuk ketika bergaul terutama dengan kanak-kanak.
• Walaupun mempunyai kedudukan yang mulia, baginda tidak sombong dengan kedudukannya.
Sebaliknya baginda menghormati dan menyayangi kanak-kanak.
• Baginda sentiasa bersikap lemah lembut dan menunjukkan kasih terhadap mereka.Anas bin Malik ra
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW selalu menyantuni kanak-kanak dengan mendahulukan ucapan
salam ketika bertemu dan membelai rambut mereka dengan perasaan kasih sayang. (Riwayat al-Bukhari)
CONTOH 2 : TAWADHUK DALAM KEHIDUPAN RUMAH TANGGA
Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawadhuk ketika bersama-sama dengan keluarga. Baginda bersama-sama
membantu isteri melayani keluarga dan menguruskan rumah tangga.
Urwah bin Zubair ra berkata, seseorang bertanya kepada Saidatina Aisyah radhiallahuanha : Adakah Rasulullah
SAW bekerja di dalam rumah Baginda? Lalu Saidatina Aisyah menjawab : Rasulullah SAW menampal selipar,
menjahit pakaian dan melaksanakan tanggungjawab dalam rumah tangga sepertimana yang dilakukan oleh
orang lain. (Riwayat Ahmad)
CONTOH 3 : TAWADHUK KETIKA MAKAN DAN MINUM
Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawadhuk ketika makan dan minum. Baginda tidak pernah mencela
makanan yang disediakan untuk Baginda. Jika baginda menyukai makanan tersebut, Baginda akan
memakannya. Apabila Baginda tidak menyukainya, Baginda meninggalkannya. Baginda tidak menzahirkan
perasaannya sebaliknya hanya berdiam.
SPEKTRUM ILMU
Perbuatan membazir dilarang dalam Islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 27 :
َ
ْ
َ َ
َ ه
ُ َ
ُ َ ۡ ه
ه
ٗ ُ
َ َ ۡ
َ
َ
َ ُ
ٓ
٢٧ اروفك ۦ ِهبرل ِ نطيشل ٱ نكَو َ يِطيشل ٱ ن وخِإ اونكَ نيرِذبمل ۡ ٱ نِإ
ِ
ِ
ِ
Maksud : Sesungguhnya orang yang boros itu ialah saudara syaitan, sedangkan itu pula ialah makhluk yang
sangat kufur kepada Tuhannya.
HIKMAH TAWADHUK KESAN ABAIKAN TAWADHUK
1. Membentuk insan yang bertaqwa kerana sentiasa
mengamalkan sifat mahmudah. 1. Membentuk insan yang sombong
2. Dikasihi masyarakat kerana tidak bersikap sombong. dan mementingkan diri sendiri.
3. Membentuk keluarga yang harmoni kerana saling 2. Dibenci oleh masyarakat
menghormati antara satu sama lain. 3. Kehidupan tidak aman dan jiwa
4. Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT kerana tidak akan tenang.
sentiasa bersyukur. 4. Dimurkai oleh Allah SWT.
5. Membudayakan sikap merendah diri demi kepentingan Islam.
SOALAN KBAT
Sifat tawadhuk merupakan satu daripada sifat mahmudah.
Berdasarkan penyataan di atas, bagaimanakah amalan sifat tersebut boleh memberikan kesan kepada
masyarakat.
USTAZAH WAN TEH SHARIFAH WAN LOLOK SMKSM Halaman 49

