Page 26 - smktss2021
P. 26

1.  Circle Map (Peta Bulatan)
               Circle  Map  digunakan  untuk  sumbangsaran  idea  dan  mempamerkan  pengetahuan  sedia  berkaitan
               sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.


               2. Bubble Map (Peta Buih)
               Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan
               kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.


               3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
               Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu.


               4. Tree Map (Peta Pokok)
               Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

               5. Brace Map (Peta Dakap)
               Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej
               keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

               6. Flow Map (Peta Alir)
               Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

               7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
               Multi-flow  Map  digunakan  untuk  menunjukkan  dan  menganalisis  hubungan  sebab  dan  akibat.
               Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-
               sebab peristiwa  tersebut,  manakala  bahagian sebelah  kanan pula  adalah akibat daripada peristiwa
               tersebut.

               8. Bridge Map (Peta Titi)
               Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi
               dengan menggunakan faktor penghubungan.













                                                                                                                 26
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31