Page 28 - smktss2021
P. 28
SEJARAH SMK TMN SERI SAUJANA
SMK Taman Seri Saujana terletak di satu kawasan taman perumahan, iaitu Taman Seri Saujana. Taman
ini terletak di antara Ulu Tiram dan Bandar Kota Tinggi. Berasal dari kebun kelapa sawit, taman ini telah
Dimajukan menjadi kawasan perumahan yang menarik.Dengan kawasan berbukit-bukau, lanskap yang
menghijau dan bertasik, taman ini dipenuhi oleh penduduk dari pelbagai kaum.
Pembinaan SMKTSS memakan masa hampir 2 tahun dan beroperasi sepenuhnya mulai Januari
2004.SMK Taman Seri Saujana adalah merupakan salah satu sekolah yang telah dibina oleh kementerian
Pelajaran Malaysia berkonsepkan ‘Design and Built’ melalui pihak Project Managemet Consultant
(PMC).Rasional disebalik penubuhan sekolah ini adalah bagi menampung keperluan murid-murid yang
mendiami Taman Seri Saujana dan kawasan sekitarnya seperti Kampung Sungai Telor,Ladang Tai Tak
dan Ladang Harimau.
Tugas-tugas persiapan awal sebelum sekolah mula beroperasi telah dilaksanakan oleh
Penyelaras,En.Azali bin Hj Atan dari SMK Bandar Mas.Beliau telah dilantik sebagai Penolong Kanan
Pentadbiran manakala Pn Hapsah binti Hassan pula merupakan Pengetua pertama sekolah ini bermula
16 Januari 2004. Seramai 10 orang guru dan seorang pembantu makmal yang telah mendaftar di sekolah
ini sehingga 15 Januari 2004.
Pada 28 Januari 2004,sekolah ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Tn. Hj. Kassim Bin Mohd Noh,
Penolong Pengarah, Unit Menengah Sektor Pengurusan Sekolah JPN Johor. Sekolah ini mula beroperasi
pada tahun 2004 dengan hanya mempunyai 128 orang pelajar dan empat buah kelas yang terdiri daripada
tingkatan 1 hingga Tingkatan 4.Semua kelas di sekolah ini termasuk bangunan-bangunannya telah diberi
nama sempena nama tokoh- tokoh Negara dan cendekiawan Islam.
LATAR BELAKANG SMK TMN SERI SAUJANA
SMK Tmn Seri Saujana adalah merupakan salah sebuah sekolah menengah yang berada di dalam
daerah Kota Tinggi, namun pentadbiran pendidikannya adalah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Kota
Tinggi, Johor Darul Takzim. Daerah Kota Tinggi mempunyai 21 buah sekolah menengah. 3 buah
sekolah menengah yang berhampiran iaitu SMK Laksamana, SMK Tun Habab, SMK Agama dan
SMK Bandar yang terletak di bandar Kota Tinggi. Manakala sekolah-sekolah rendah yang berhampiran
pula ialah SK Sri Saujana dan SJKC Yu Hwa.
Sekolah ini telah banyak menempa kejayaan sama ada di dalam aspek akademik, kokurikulum
atau pun hal ehwal murid. Kejayaan-kejayaan yang telah dicipta ini sejajar dengan usia sekolah
ini yang sudah menjangkau 18 tahun pada tahun 2021 (2004 – 2021).
28

