Page 27 - smktss2021
P. 27
PRINSIP KERJA WARGA SMK TMN SERI SAUJANA
Kami berikrar sentiasa:
❖ Bekerja kerana Allah
❖ Buat yang disuruh, tinggalkan yang dilarang
❖ Buat kerja yang betul dengan cara yang betul
❖ Utamakan yang utama
❖ Sentiasa bersedia
PIAGAM PELANGGAN SMK TMN SERI SAUJANA
KAMI warga SMK Tmn Seri Saujana dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji untuk
menggunakan seluruh tenaga dan usaha kami bagi:
1. Melaksanakan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan serta berkualiti bagi
memenuhi kehendak individu, masyarakat, negara dan agama.
2. Memastikan murid-murid yang dihasilkan oleh sekolah ini merupakan insan yang patuh
kepada agama yang mereka anuti, yang mempunyai ilmu pengetahuan, berketrampilan
serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
3. Memberi peluang yang sama kepada semua murid tanpa mengira latar belakang dan
keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya di sekolah ini.
4. Melaksanakan program dan kursus di luar waktu belajar bagi meningkat dan
memantapkan motivasi serta kemahiran murid untuk mencapai kecemerlangan dalam
pelajaran.
5 . Melaksanakan ujian dan pentaksiran yang berkesan untuk memastikan murid-murid
mencapai matlamat dan objektif sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
6 . Melaksanakan kegiatan kokurikulum yang dapat menjadikan murid sihat mental, fizikal,
rohani, emosi, mahir berkomunikasi dan berketerampilan supaya mereka dapat
menyesuaikan diri dengan cabaran-cabaran masa kini dan masa akan datang.
7. Melengkapkan sekolah dengan keperluan dan kemudahan pendidikan yang berkualiti
sesuai dengan kemampuan sekolah agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan dan berkualiti.
8. Mewujudkan sistem pengurusan yang cekap, berkualiti dan mesra pelanggan.
Slogan SMK Taman Seri Saujana
“ SAUJANA GEMILANG “
Memastikan pengurusan SMK Taman Seri Saujana pada tahap GEMILANG yang merangkumi
aspek
• Pengurusan dan Pentadbiran
• Pengurusan Murid
• Pengurusan Kokurikulum
• Aspek Kemenjadian Murid
27

