Page 123 - BUKU TEKS MATEMATIK T4
P. 123

Bab 4  Operasi Set

                          Bagaimanakah anda menyelesaikan masalah yang                      Standard
                          melibatkan kesatuan set?                                          Pembelajaran             1

                                                                                        Menyelesaikan masalah
                        Contoh     11                                                   yang melibatkan
                                                                                        kesatuan set.
                      Sebanyak 26 orang murid telah menyertai program pengakap di tepi
                      sungai. Aktiviti yang dilakukan dalam program tersebut ialah berkayak  dan  memancing  ikan.  18
                      orang murid berkayak dan 15 orang murid memancing ikan manakala 9 orang murid terlibat dengan
                      kedua-dua aktiviti berkayak dan memancing ikan. Berapakah jumlah murid yang terlibat dalam
                      aktiviti program tersebut?


                          Memahami masalah
                        Jumlah murid = 26
                        Berkayak = 18
                        Memancing ikan = 15                                                                          4
                        Berkayak dan memancing ikan = 9
                        Hitung jumlah murid yang terlibat dalam aktiviti program ini.                                BAB


                          Merancang strategi
                        ξ = {jumlah murid}
                        A = {murid yang berkayak}
                        B = {murid yang memancing ikan}

                        Lukis sebuah gambar rajah Venn untuk mewakili semua maklumat yang diberikan. Hitung
                        (a)  jumlah murid yang berkayak sahaja
                        (b)  jumlah murid yang memancing sahaja
                        (c)  jumlah murid yang tidak terlibat dalam aktiviti program ini
                        (d)  jumlah murid yang terlibat dalam aktiviti program ini, n( A ø B )


                          Melaksanakan strategi          (a)  Berkayak sahaja
                                                             = 18 – 9
                         ξ                                   = 9
                                                         (b)  Memancing ikan sahaja
                            A                    B           = 15 – 9
                                      9 9                    = 6
                                                         (c)  Jumlah murid yang tidak terlibat dalam aktiviti
                                                             = 26 – 9 – 9 – 6
                                                             = 2
                                                         (d)   Jumlah murid yang terlibat dalam aktiviti, n(A ø B)
                           18 – 9 = 9    15 – 9 = 6          26 – 2 = 24
                                                                              Semak Jawapan    9 + 9 + 6 = 24





                          Kesimpulan
                        24 orang murid terlibat dalam aktiviti program tersebut, n( A ø B ) = 24


                                                                                                            113
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128