Page 30 - menservis sistem elektrik
P. 30

NO. KOD  / Code No.                TP-300-2:2013-C06/P(3/5)              MukaSurat / Page:

                                                                                     4 Drp / Of 10

                   4.  Solenoid.
                       Solenoid ialah suis electromagnet yang mempunyai teras boleh gerak yang dikenali

                       sebagai aci suis. Solenoid berfungsi untuk membuka dan menutup litar dari bateri
                       kemotor penghidup.



               OPERASI MOTOR PENGHIDUP
               Motor penghidup mengandungi main field housing, commutator end housing dan drive end

               housing. Commutator end bracket memegang carbon brush. Through bolt memegang tiga
               komponen  utama  dalam  satu  himpunan.  Motor  penghidup  menggunakan  prinsip

               electromagnet untuk menukarkan tenaga elektrik  daripada bateri (sehingga 500A) kepada
               tenaga  mekanikal  (sehingga  8  hp  @  6  KW)  untuk  mengengkol  enjin.  Main  field  housing
               mengandungi empat field winding yang disambung terus kepada punca positif bateri untuk

               menghasilkan  medan  magnet  kuat  di  dalam  motor  penghidup.  Di  dalam  perumah  motor
               penghidup, field coils juga menghasilkan medan magnet yang kuat.


               Armature  yang  dipasang  di  tengah  medan  magnet  ini  mempunyai  kelegaan  yang  amat
               sedikit dengan field coils. Apabila arus mengalir melalui pengalir (armature) yang berada di

               tengah-tengah  field  coils,  urat  daya  magnet  akan  terhasil  disekeliling  pengalir.  Di  satu
               bahagian pengalir, urat daya magnet pengalir adalah sama dengan arah urat daya magnet
               meningkat  apabila  kedua-duanya  bergabung.  Sebaliknya  disatu  bahagian  lain  pengalir

               bergerak dari kawasan yang kuat medan magnetnya ke arah kawasan yang lemah medan
               magnetnya. Dengan ini armature berpusing.


               Motor  penghidup  menggunakan  4  carbon  brush,2  carbon  brush  digunakan  untuk
               memindahkan  arus  keluar  dari  field  windings  ke  armature  dan  dua  lagi  adalah  pembumi

               selepas arus keluar dan dan masuk ke dalam armature windings di mana medan magnet
               terbentuk  disekeliling  setiap  gelungan  tembaga,  dua  medan  manget  yang  kuat  terjadi  di
               dalam field housing menghasilkan daya yang memusingkan armature.Lihat rajah di sebelah.
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35