Page 47 - menservis sistem elektrik
P. 47
Muka Surat / Page :
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(5/5) 4 Drp / Of 9
Operasi ECU boleh di kategori kepada dua fungsi iaitu injection timing control dan injection
volume control. Injection timing control menentukan bila setiap injektor akan menginjeksi
bahan bakar (inject fuel) ke dalam silinder, ini akan di tentukan oleh nyahcas ignition primary
signal (IG). Injection volume control menentukan beberapa banyak (kuantiti) bahan bakar
akan di suntikkan ke dalam silinder. Ini di tentukan oleh :-
1) Isyarat injeksi asas (basic injection signal)
- yang mana pada gilirannya di tentukan oleh signal rpm enjin dan jumlah udara yang masuk
ke intake manifold.
2) Isyarat pembetulan jumlah injeksi (injection volume correction signal)
- terdapat litar amplifiksi yang mengoperasikan injektor.
ECU juga mempunyai fungsi diagnosis onboard (obd-onboard diagnose) berfungsi untuk
mendiagnosis sensor, service data sesebuah sistem boleh diperolehi dari cara
penghantaran data yang bersiri yang dikelola oleh scanner atau alat pengimbas memori.
Ini memudahkan pemeriksaan dan trouble shooting sistem unit kawalan enjin.
Mempunyai fail-safe / backup untuk memastikan keselamatan penumpang dan
kenderaan.
Jenis kawalan elektonik enjin
Kebanyakan kereta moden masa kini menggunakan sensor ataupun kawalan bagi
memastikan pencapaian enjin sentiasa berada dalam keadaan yang baik, ia juga adalah
sebagai penunjuk atau indicator kepada pemandu sekiranya sebarang baik pulih atau
servis dilakukan.
Sensor tersebut disambung terus kepada unit ECU yang akan memproses data tersebut
untuk dilakukan tindakan selanjutnya. Untuk mengesan sebarang masalah pada sensor
ataupun untuk melakukan sebarang baik pulih pada kenderaan yang melibatkan sensor,
scan tool atau computer perlu disambungkan bagi melakukan sebarang perubahan.
Antara jenis-jenis sensor atau kawalan yang biasa digunakan adalah sepreti berikut:

