Page 16 - MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTM
P. 16
Puan Alagammai A/P Chellamuthu dilantik sebagai Juruaudit (Ibu bapa) dengan
persetujuan semua hadirin selepas Encik Noor Azree Bin Ghazali menolak jawatan
tersebut kerana beliau tidak dapat memberikan komitmen kerana jadualnya padat.
Sehubungan itu, ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara melantik Puan Alagammai a/p
Chellamuthu sebagai Juruaudit PIBG (Ibu Bapa) bagi sesi 2019 / 2020.
9.2 Ahli mesyuarat menerima cadangan Penasihat, Puan Hayati binti Hassan
mengekalkan lantikan Juruaudit kalangan guru sesi 2019 / 2020:
Juru Audit Guru : Puan Hazalina Binti Dzulkernain
Tindakan : Makluman
AGENDA 10 : MEMBAHASKAN USUL YANG DIKEMUKAKAN SECARA BERTULIS
10.1 Setiauasaha PIBG, Puan Fazliana binti Abu Hassan telah membentangkan usul yang
bertulis (rujuk buku mesyuarat muka surat 53 hingga muka surat 64). Yang DiPertua
PIBG, Encik Norsyahrim bin Abdul Tahar memberitahu usul yang dikemukakan akan
dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat AJK PIBG sesi 2019/2020 pada kali
pertama nanti. Walau bagaimanapun, para hadirin disarankan untuk bertanya dan
memberi pendapat kepada mana-mana usul bertulis yang ada dalam Buku Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-26 tersebut, sekiranya ibu bapa yang mencadangkan usul hadir.
10.2 Usul Kurikulum
10.2.1 Usul nombor 6
Encik Noor Azree bin Haji Ghazali mengucapkan tahniah kepada semua Ahli
Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020. Beliau memberitahu bahawa penghasilan
modal insan murid-murid yang berijazah sebanyak 97% tidak boleh berbahasa
Inggeris. Mereka hanya boleh membaca namun tidak boleh berkomunikasi
dengan baik dalam Bahasa Inggeris.
Beliau memberitahu yang beliau tidak mampu untuk membantu untuk
peningkatan peratusan Bahasa Inggeris dengan membawa tenaga luar bagi
membantu anak-anak murid berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris kerana
beberapa perkara.
10.2.1.2 Beliau turut memohon peruntukan baru supaya boleh membawa
tenaga dari luar untuk membantu meningkatkan peratusan
akademik Bahasa Inggeris di sekolah.
15 | M u k a s u r a t

