Page 17 - MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTM
P. 17

Tindakan :
                              YDP memberitahu banyak program akademik dijalankan oleh pihak sekolah,
                              tidak  hanya  memberi  tumpuan  kepada  satu-satu  subjek  sahaja  kerana
                              kekuatan dan kelemahan murid-murid adalah berbeza. Walau bagaimanapun
                              YDP  menyahut  baik  cadangan  tersebut  dengan  mencari  peruntukan  untuk
                              memberi penekanan kepada peningkatan Bahasa Inggeris khususnya dalam
                              aspek komunikasi.


                      10.2.2  Encik Noor Azree bin Haji Ghazali meminta supaya pihak sekolah memberitahu
                              perincian tentang pencapaian akademik.

                              Tindakan :
                              Pihak  sekolah  memberitahu  perincian  pencapaian  akademik  ada  disertakan
                              dalam buku mesyuarat (rujuk muka surat 66 sehingga muka surat 75). Malah
                              aktiviti kurikulum sepanjang tahun juga turut disertakan (rujuk mula surat 76
                              sehingga 82). Perincian lebih kepada PT3 dan SPM  yang menjadi indikator
                              prestasi sekolah. Sekolah telah mengadakan Hari Terbuka bertujuan memberi
                              peluang  kepada  ibu  bapa  dan  penjaga  murid-murid  Tingkatan  1-5  untuk
                              bertemu guru-guru tingkatan dan juga guru-guru subjek yang mengajar agar
                              dapat berbincang tentang prestasi anak masing-masing.


               10.3  Usul Hal Ehwal Murid
                      A) Usul Keselamatan, Disiplin, Sahsiah Murid
                      10.3.1 Usul nombor 4
                              Encik Noor Azree bin Haji Ghazali memohon pihak PIBG dan sekolah
                                      mencari penyelesaian segera tentang kesesakan yang berlaku di hadapan
                                      sekolah.

                              Tindakan :
                              Pihak  PIBG sedang  berusaha  untuk  mencari  penyelesaian  hal tersebut dan
                              telah  ada  dalam  agenda  PIBG  untuk  membuat  perrjumpaan  bersama-sama
                              pihak yang terlibat untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.


               10.4  Usul Kokurikulum
                      10.4.1 Usul nombor 4
                              Encik Lee Cheng San memohon dari pihak sekolah untuk mempertimbangkan
                              supaya  dapat  memberi  kebenaran  anak-anak  murid  keluar  untuk  makan
                              tengahari sebelum aktiviti kokurikulum bermula.

                               Tindakan  :
                              Pihak sekolah menerangkan murid-murid hanya perlu berada dalam kawasan
                              sekolah  pada  setiap  hari  Selasa  dan  Rabu  sahaja  kerana  kehadiran murid-
                              murid  ke  aktiviti  kokurikulum  tidak  memberangsangkan  apabila  murid-murid
                              keluar atau pulang ke rumah untuk makan. Oleh itu, pihak kantin dan koperasi
                              sekolah akan menyediakan makanan untuk murid-murid makan pada waktu

                                                                                     16  | M u k a   s u r a t
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22