Page 20 - MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTM
P. 20
11.2 Yang Di-Pertua PIBG telah menjemput Ustaz Fauzi untuk menerangkan tentang
program PIBG iaitu Makan Malam Amal SMK Taman Melati 2019.
11.2.1 Ustaz Fauzi memohon masa 10 minit untuk menerangkan tentang
program Makan Malam Amal tersebut secara terperinci.
11.2.2 Secara khususnya, program Makan Amal tersebut adalah untuk kutipan
sumbangan pembinaan surau sekolah SMK Taman Melati.
11.2.3 Program tersebut juga adalah untuk bantuan pembelian LCD untuk
diletakkan dalam setiap kelas supaya memudahkan dan menjadikan
Pdpc lebih menarik dan berkonsepkan pembelajan alaf ke-21.
Maklum balas / Tindakan:
Encik Norsyahrim bin Abdul Tahar mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Fauzi
yang menerangkan tentang salah satu program PIBG. Beliau berharap agar ibu bapa
dan penjaga bersama-sama membantu melaksanakan program tersebut.
Tindakan : Makluman
11.3 Encik Noor Azree bin Ghazali memberitahu bahawa penulisan format Mesyuarat
PIBG perlu diubah kerana maklum balas atau tindakan tidak ditulis dengan baik.
Maklum balas / Tindakan:
Encik Norsyahrim bin Abdul Tahar memberitahu bahawa penulisan format minit
mesyuarat adalah seperti yang diberi dan dilakukan seperti tahun-tahun lepas. Walau
bagaimanapun, segala kesilapan dan kekurangan akan diperbaiki pada masa akan
datang.
Tindakan : Makluman
19 | M u k a s u r a t

