Page 100 - hello
P. 100
PENGURUSAN KURIKULUM
1. Pengurusan Kelas PJK Guru PJK perlu mewajibkan pelajar memakai pakaian PJK.
Jika tidak, dicadangkan dendaan lari keliling padang 2x. Tidak
dibenarkan juga pelajar ini duduk di tepi
padang/kelas/berkeliaran tanpa pengawasan guru dan latihan
semasa. Mulai 2015, pelajar-pelajar tidak dibenarkan
berbaju PJK dari rumah tetapi dibenarkan memakai terus
sehingga balik dengan syarat pakaian adalah lengkap
dengan seluar track sekolah.
2. Pengurusan Kelas Tanpa KTG merupakan satu aktiviti PdP dalam Melindungi Masa
Guru (KTG) Instruksional (MMI) diwajibkan bagi semua guru yang
meninggalkan sekolah kerana berkursus, atau sebab
terancang yang lain. Jika untuk direliefkan kerana tugas khas
di sekolah seperti raptai, digalakkan guru mengamalkan “jual
beli” waktu PdP dengan guru lain. Guru perlu selalu kelihatan
di mata murid. KTG perlu dilaksanakan dalam buku khas
murid.Pada tahun 2015 ,KTG perlu mendapat tandatangan
PK Tadbir & Kurikulum sebelum diluluskan untuk keluar
menghadiri sebarang tugas luar.KTG juga perlu diurus
dengan baik oleh guru relief dan dicatat dalam slip guru
ganti sebagai eviden.
3. Pengurusan Peperiksaan Bagi PBS, guru tingkatan 1, 2, dan 3 hendaklah mengisi
markah pencapaian murid setiap minggu/bulan atau mengikut
kesesuaian waktu dan bukan bertangguh hingga ke hari akhir
untuk mengelakkan beban kerja pada saat akhir.
Semua pengurusan peperiksaan termasuk penyediaan kertas
soalan, agihan kelas penyimpanan di bilik peperiksaan dan
sehingga pelaksanaan peperiksaan hendaklah menepati
tarikh dan masa yang ditetapkan mengikut pematuhan SPSK.
Guru yang terlibat dengan perisian SAPS, dinasihati untuk
menepati tarikh yang ditetapkan oleh Unit Penilaian dan
Peperiksaan sekolah dan tidak bertangguh untuk
mengelakkan kesesakan di talian.
4. Analisis Peperiksaan Semua guru mata pelajaran dan kelas perlu mengambil tahu
akan kemajuan prestasi murid masing-masing. Guru perlu
membuat “headcount” sendiri mengikut penilaian SPSK
dengan melengkapkan borang-borang berikut:
i. Analisis Prestasi Mengikut Keseluruhan dan Gred
(Tindakan: Setiausaha Peperiksaan)
ii. Analisis Kuantiti dan Kualiti
(Pencapaian objektif SPSK-Tindakan Setiausaha
SPSK)
iii. Analisis mengikut kuantiti dan kualiti mengikut panitia
dan kelas (Tindakan: Ketua panitia & Guru Mata
Pelajaran)
5. Pemantapan Penguasaan Guru-guru BM, BI, dan BC perlu mewajibkan murid dari
Bahasa tingkatan 1 hingga 5 menulis contoh karangan, satu karangan

