Page 102 - hello
P. 102

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

               1.   Disiplin                Semua  guru adalah guru disiplin. Setiap guru bertanggungjawab
                                            mengurus  kelas  dengan  sebaik  mungkin.  Elakkan  berlaku
                                            pergaduhan,  kerosakan,  maki  hamun,  menghina,  dan  lain-lain
                                            antara  guru  dengan  murid  dan  murid  dengan  murid.Sebarang
                                            tindakan disiplin perlu dilakukan secara berhemah.

               2.   Pas keluar              Guru perlu menggunakan pas keluar setiap kali murid keluar kelas
                                            antara  waktu  PdP.  Murid  tidak  dibenarkan  keluar  pada  waktu
                                            pertama, sebelum dan selepas rehat, serta waktu terakhir.

               3.   Ketidakhadiran          Gunakan prosedur yang ditetapkan KPM seperti menghubungi ibu
                    Murid                   bapa, surat amaran 1,2, dan 3 serta surat buang sekolah. Proses
                                            kaunseling perlu dijalani sebelum dibuang sekolah.





               4.   Telefon Bimbit          Semua  murid  tertakluk  kepada  peraturan  sekolah  yang
                                            menyatakan telefon bimbit dilarang dibawa ke sekolah.

               5.   Kehadiran Murid &       Guru  Tingkatan  hendaklah  mengambil  kedatangan  di  tapak
                    Guru                    perhimpunan  dan  Buku  Jadual  Kedatangan  Murid  diletakkan  di
                                            pejabat  selewat-lewatnya  waktu  kedua.  Kehadiran  murid  juga
                                            perlu  dimasukkan  dalam  APDM  (sebelum  9.00  pagi-sesi
                                            pagi/sebelum 2.00 petang-sesi petang) dan keberadaan guru
                                            dalam  Emis  online  (sebelum  9  pagi  oleh  Pembantu  Tadbir
                                            dan dikemaskini sebelum 3 petang pada hari tersebut).






               PENGURUSAN KOKURIKULUM

               1.   Pemakaian Uniform       Pada  setiap  hari  Rabu,  guru  pasukan  beruniform  digalakkan
                                            memakai uniform pasukan masing-masing kecuali jika bertugas di
                                            luar. Murid sekolah diwajibkan memakai pakaian unit beruniform
                                            atau  pakaian  kokurikulum  secara  bergilir  pada  minggu  yang
                                            ditetapkan.

               2.   Kehadiran Murid         Guru harus memastikan murid hadir aktiviti sukan, persatuan, dan
                                            kawad pasukan beruniform. Murid yang tidak hadir perlu diambil
                                            tindakan.

               3.   Pembatalan Aktiviti     Guru tidak boleh membatalkan aktiviti persatuan/sukan/permainan
                    Kokurikulum             dan  pasukan  beruniform  dengan  sewenang-wenangnya  tanpa
                                            sebab yang munasabah.

               Arahan ini adalah dasar dan peraturan umum sekolah. Tugas terperinci boleh didapati
               dalam taklimat  Kurikulum,HEM dan Kokurikulum.
   97   98   99   100   101   102   103   104