Page 97 - hello
P. 97
PELAKSANAAN DASAR DAN PERATURAN AM SEKOLAH 2017
Kepada,
Warga SMK Bandar Baru Seri Petaling.
Arahan : Berikut adalah dasar dan peraturan am sekolah yang perlu pematuhan dalam
kalangan guru. Semua pengurusan sekolah adalah mengikut Sistem Pengurusan
Sekolah Kualiti (SPSK).
PENTADBIRAN AM
1. Waktu Semua guru perlu berada di tempat bertugas seperti di kawasan sekolah, di
Bertugas : kelas/makmal/padang/pusat sumber/bilik mesyuarat/tempat perhimpunan
pada masa yang ditetapkan.
Waktu Masuk : Sesi Pagi - 07.15 Pagi
Sesi Petang - 01.05 Petang (Isnin hingga Khamis)
02.15 Petang (Jumaat)
Waktu Pulang : Sesi Pagi - 01.45 Petang (Isnin,Selasa, Khamis)
02.20 Petang (Rabu)
12.30 Tengah Hari (Jumaat)
Sesi Petang - 06.45 Petang (Isnin hingga Jumaat)
2. Tidak Hadir Bertugas : Perkara yang perlu diambil tindakan;
i. Hubungi pengetua selewat-lewatnya jam 07.00 pagi (sesi
pagi) dan 12.00 t/hari (sesi petang).
ii. Tidak dibenarkan menghantar sms kepada guru “relief”/
berpesan dengan kawan-kawan.
iii. Serahkan sijil sakit (MC) pada hari kembali bertugas
kepada pengetua.
iv. Jika ada temujanji doktor/panggilan temuduga, sertakan
bersama borang permohonan relief untuk mendapatkan
kebenaran daripada pengetua.
v. “Time Slip” perlu ditandatangani Pengetua untuk simpanan
pejabat.
3. Cuti Rehat Khas (CRK) : CRK hanya boleh dipohon dengan alasan berikut :
i. Menjaga anak/suami/isteri di wad.
ii. Kematian ibu/bapa/mertua/adik beradik/saudara terdekat.
iii. Konvokesyen diri sendiri/isteri/suami/anak.
iv. CRK perlu dipohon terus kepada Pengetua dengan
disokong oleh PK1 terlebih dahulu dan tidak
memaklumkan kepada mana-mana staf/guru yang lain.
Walau bagaimanapun, kelulusan CRK terpulang kepada budi
bicara Pengetua
4. Cuti Tanpa Rekod (CTR) : CTR hanya boleh diambil dengan alasan berikut:
i. Kematian suami/isteri/anak/ibu bapa kandung (3 hari)
ii. Menghadiri peperiksaan PJJ dsb.

