Page 98 - hello
P. 98

iii. Menghadiri seminar/bengkel/seminar anjuran sesuatu
                                                            pertubuhan/persatuan.
                                                      iv. Isteri bersalin (7 hari)

               5.    Cuti Tanpa Gaji (CTG) :       CTG boleh diambil dengan alasan berikut:

                                                      i.  Mengikut pasangan ke luar negara
                                                      ii. Menyusukan anak

               6.    Lawatan ke Luar Negara        Untuk kelulusan perjalanan dan insurans, borang permohonan
                                                   perlu dilengkapkan 4 minggu sebelum tarikh perjalanan.

               7.    Pengisytiharan Harta  :       Mengikut Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
                                                   (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002, pengisytiharan harta
                                                   hendaklah dilakukan secara bertulis kepada Ketua Jabatan
                                                   dengan sebab berikut:

                                                      i.  Telah dilantik sebagai pegawai baru ke dalam
                                                            perkhidmatan awam (dalam masa 30 hari dari tarikh
                                                            lantikan)
                                                      ii. Setiap 5 tahun sekali.
                                                      iii. Memperoleh harta tambahan.
                                                      iv. Melupuskan harta
                                                      v. Diminta oleh Ketua Jabatan.
                                                      vi. Telah melepasi 5 tahun lalu (tahun 2009 dan sebelum)
                                                            wajib mengisi borang pengisytiharan harta yang baru

               8.    Mengemaskini Data :           Setiap guru hendaklah mengemaskini perkara-perkara berikut
                                                   secara “online” :

                                                      i.  e-Pangkat
                                                      ii. HRMIS
                                                      iii. e-Operasi
                                                      iv. e-GTukar (jika berkenaan)
                                                      v. Aplikasi pangkalan Data Murid (APDM) – jika berkenaan
                                                      vi. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
                                                      vii. Sistem Perkembangan Pembelajaran Murid (PPM ‘offline’)
                                                      viii. e-Prestasi (Pentadbir yang dilantik)
                                                      ix. Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
                                                      x. Soal Selidik Kemahiran ICT (SSQS)
                                                      xi. Mengaktifkan Frog-VLE
                                                      xii. e-SPLGKPM
                                                      xiii. EMIS online



               9.    Bayaran Tambahan :            Bayaran tambahan akan dikutip daripada murid apabila mendapat
                                                   kelulusan dalam Mesyuarat Agung PIBG dan Unit Perhubungan
                                                   dan Pendaftaran JPWPKL.



                                                   Peringatan : Semua kutipan hendaklah diserahkan ke pejabat
                                                   pada hari yang sama kutipan dibuat. Tarikh dalam resit murid
                                                   hendaklah bersamaan dengan tarikh serahan di pejabat.

                                                   Jika gagal dilaksanakan, ini akan menjejaskan audit penyata
                                                   kewangan sekolah dan guru boleh disabitkan dengan
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103